Review Pillsbury House di Prince Rupert, British Columbia, Kanada

by - Tuesday, April 23, 2019

Entri kali ini saya tulis khas buat Pillsbury House.

Entah kenapa saya suka dengan rumah ini.  Sekiranya lihat dari luaran ia memang nampak lama tetapi ada ciri-ciri yang dramatis di situ.

pintu hadapan Pillsbury House

Pandangan sisi tepi

Pillsbury House ini merupakan residen pertama di Prince Rupert di bina pada tahun 1908. Ia di bina oleh J.H. Pillsbury seorang jurutera pembangunan terkenal di bandar ini.  Kini, ia telah dijadikan salah satu tempat pelancongan.  Saya bersyukur kerana saya berpeluang bermalam di rumah ini merasai berada pada zaman awal 1900.  Pillsbury House kini di jaga oleh Puan Colleen McGillicuddy McLaren.  Anda juga boleh bermalam di sini.  Ia telah berdaftar dengan carian google di internet.

Pillsbury House terdapat beberapa bilik tidur tetapi hanya 4 bilik sahaja yang boleh di sewa untuk pengunjung.  Dapur tidak boleh digunakan.  Bilik air berkongsi antara pengunjung.







Pada mulanya saya fikir hanya bermalam sahaja di sini, rupa-rupanya Puan Collen ada menyediakan beberapa aktiviti semasa sarapan.  Sarapan di masak oleh beliau mengikut citarasa inggeris. Jangan risau beliau tidak akan menyediakan makanan yang kita tidak boleh makan.  Selepas beliau menyiapkan hidangan di atas meja dengan susunatur cara inggeris, beliau akan bercerita tentang beberapa kisah.  Kemudian, beliau akan menyanyikan 3 buah lagu dalam bahasa Perancis.  Saya sungguh tertarik dengan cara beliau melayan pengunjung-pengunjung yang menginap di rumah ini.   Saya juga sangat terkejut bila diberitahu usianya sudah 75 tahun.  Namun masih gagah untuk terus bekerja.  Saya doakan semoga beliau terus maju dalam industri ini.

Jom kita lihat kawasan sekeliling dan suasana bilik di Pillsbury House.







You May Also Like

0 comments