Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari ke 3)
Sekali lagi kita bersiaran untuk entri coretan travelog saya…
Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi yang ceria😀
Entri ini adalah sambungan… Hari ke-2
Selepas berakhirnya lawatan di muzium keretapi semalam di Prince George, kami meneruskan pengembaraan ke Quesnel.
Kami tiba di penginapan untuk malam kedua di Quality Hotel jam 6 petang. Kami akan bermalam di sini 2 malam. Saya beri sedikit review berkenaan hotel ini. Menarik dan saya suka kerana ada microwave, dapur yang comel, peti sejuk, tv dan tidak lupa wifi yang laju dalam bilik. Harga untuk satu malam CAD 130. Satu perkara ada 'laundry' maka memudahkan saya mencuci pakaian. Pengembaraan bersama kanak-kanak wajib berikan masa untuk mereka berehat dan ada sedikit aktiviti untuk mereka tidak bosan. Salah satu tips mengembara bersama kanak-kanak. Lagipun apabila melibatkan perjalanan jauh, kadang-kadang mereka akan mengadu lenguh kaki lenguh tangan dan lenguh macam-macam. Jadi jangan lupa bawa minyak panas dan ubat-ubatan. Memang anak-anak saya pun akan merengek seperti yang saya katakan. Yang penting ibu-bapa kena kawal perasaan dan emosi mesti sentiasa stabil. Apabila mengembara emosi sangat penting antara suami isteri. Betul kan? Musafir mengajar kita lebih sabar. Pengembaraan di musim sejuk lain ragamnya.
Untuk makan malam kali ini, saya masak nasi dan anak-anak makan bekalan yang masih belum basi semalam. Seronoknya mengembara di musim sejuk makanan yang dibekalkan lambat basi. Jimat lagi perbelanjaan untuk makan malam ini.😊 Alhamdullilah...
Bangun pagi… alhamdullilah Allah permudahkan urusan kami di sini. Sarapan termasuk dalam pakej penginapan. Makan roti dan pan cake... sedap juga.
Selesai sarapan, kami melangkah dan menuju ke destinasi yang dinanti-nantikan iaitu Barkerville. Saya akan bercerita secara terperinci tentang Barkerville bersama gambar-gamabar yang cantik. Perjalanan dari tempat penginapan kami di Quesnel mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh 86 km.
Ok. di sini kita cuci mata dulu ye...
Tanda kami sudah sampai Quesnel |
Simpang ke Barkerville |
0 comments