Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari ke 4)

by - Thursday, April 11, 2019

Sambungan dari entri sebelum ini…

Selepas seharian di Barkerville, kami pulang semula ke Quality Hotel, Quesnel.  Pada mulanya kami bercadang nak makan tengahari di Barkerville ataupun di sekitarnya.  Namun, tiada kedai makan yang di buka semasa spring.  Hanya cafe kecil di buka di Barkerville.  Bolehlah sebagai pengalas perut. Jangan cari makanan halal memang tiada ye.  Makanan seperti roti dan makanan ringan banyak di jual.

Suami saya mengajak saya pergi ronda-ronda memandangkan waktu asar belum masuk dan kami juga memilih untuk solat jamak taqkhir.  Punya la meronda sampai tak jumpa-jumpa kedai yang di cari.  Akhirnya saya buat keputusan kita cari restoran Korea ataupun Jepun.  Sudah tentu ada menyediakan makanan berkonsep sayuran.  Boleh lah anak-anak makan.  Alhamdullilah dapat jumpa satu restoran di hujung bandar Quesnel.  Memang sangat asli masakannya ditambah pula tukang masak adalah orang Korea sendiri.  Sudah menetap lama di Kanada hampir 26 tahun. Walaubagaimanapun, masih lancar berbahasa Korea.  Anak-anak juga sudah menetap di Vancouver, Kanada.  Beliau sendiri bercadang ingin menutup restoran ini kerana ingin berehat serta bermain bersama cucu-cucunya.  Umar memesan Udang goreng, Lana dengan papanya memesan bibimbap yang tiada daging.  Saya memesan Japchae.  Semua sekali berjumlah CAD 60 dollar. Alhamdullilah.  Selesai makan di sini… kami berjalan kaki menghirup udara di tepi sungai di Quesnel sambal melihat budaya masyarakat di sini.

Sekitar di tepi sungai dalam bandar Quesnel


Salji masih menebal





berposing gaya CR katanya



Sampai di Quality lebih kurang jam 4.30 petang, solat asar jamak zohor.  Kemudian, Umar mengajak saya ke gym.  Ok juga, lama sudah badan ini tidak mengeluarkan peluh.  Balik bilik...merehatkan badan, kali ini badan semakin terasa penat.  Kami tidur lebih awal daripada malam-malam sebelum itu.  Mungkin perjalanan sudah sangat jauh.  Esok, kami akan meneruskan pengembaraan pulang ke Kitimat.


You May Also Like

0 comments