Kembara ke Prince Rupert, British Columbia, Kanada (Hari 2)
Sambungan dari hari pertama…
Kami bangun pagi dan bersarapan di Pillsbury House...
Sarapan di sediakan oleh penjaga rumah tumpangan iaitu Colleen McGillicuddy McLaren. Beliau menyediakan sarapan yang sangat enak mengikut cara English.
Sarapan pagi di Pillsbury |
Selepas selesai, kami bersiap dan check-out.
Kali ini, sekali lagi saya ke muzium dengan harapan ia buka. Hampa… Rupa-rupanya mereka sambut Hari Easter secara besar-besaran. Nampaknya kami tiada rezeki kali ini. Sebenarnya ada 6 muzium di sekitar Prince Rupert tetapi semua tutup sempena sambutan Hari Easter. Umar mengajak saya berjalan di kawasan bot. Kebetulan ia buka… alhamdullilah dapatlah kami melihat bot-bot mewah milik penduduk setempat. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri.
Habis berjalan sekitar bot-bot mewah, kami menuju ke sebuah Galeri Terdapat pelbagai hasil kraf tangan penduduk tempatan.
Lebih kurang 3 jam berjalan di sekitar pelabuhan, kami mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraan kali ini dan pulang ke Kitimat. Insyaallah sekiranya umur panjang kami akan datang lagi pada Summer untuk melihat pertunjukan ikan paus.
Bye.. jumpa lagi..😀
1 comments
Cantik gambar
ReplyDelete