Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari ke - 2)
Assalamualaikum w.b.t
Masuk hari kedua di Kembara British Columbia Spring.
Sarapan pagi ini kami makan di salah sebuah kedai roti yang berdekatan. Sedapnya lah dapat makan roti dengan air kopi. Umar memilih air panas coklat. Lana dengan pilihannya teh panas. Selesai makan dengan kos CAD 50, kami meneruskan pengembaraan. Suhu pagi di Prince George sekitar 2 degree, sejuk dan berhabuk. Memang begitulah keadaan bila spring. Salji masih banyak lagi di sana sini. Prince George lebih tinggi dari Kitimat dari segi ketinggian paras laut.
Pada hari ini, saya bercadang melawat 'Museum Railway Station' yang di bina pada 1903 terletak di daerah Prince George . Memandangkan muzium belum buka lagi, kami pergi meronda ke taman yang berhampiran. Memang cantik taman ini. Umar dan Lana paling tidak tahan apabila bertembung dengan anjing pemeliharaan. Kebiasaannya masyarakat Mat Saleh akan bawa anjing mereka berjalan-jalan sambal mereka berjogging. And, they said... Hi! to us.😆 Itu yang buat Lana kecut. Mereka peramah tapi nak buat macamana kami ni penakut pada anjing dan juga kepada binatang yang berbulu.😀 Maaf ye...
Sarapan pagi di sini |
Jam 11 pagi, pintu muzium di buka. Alamak! Rupanya muzium ini boleh bawa anjing. Memang lemah la sikit. Semoga Allah melindungi kami.
Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis kepala keretapi. Bayangkan kepala keretapi tahun 1500 pun ada. Saya sudah mula membayangkan keadaan tahun ini adalah tahun zaman Hang Tuah. Kita di Tanah Melayu masih tidak berbaju dan tidak pandai berkasut. Masyarakat di sini sudah ada keretapi. Jauh sungguh ketinggalan kita kan...
Jom, kita layan gambar di dalam muzium ini. Kami berada hampir 3 jam di sini.
Bangunan utama untuk masuk ke muzium |
kaunter tiket |
Ada pelbagai piano dari zaman dahulu. Dan dibenarkan untuk bermain piano. |
jenama Dodge |
Ada siapa berani nak pandu? |
pemandangan muzium |
Gergaji dari tahun 1900 juga di pamerkan. Digunakan untuk membuat landasan keretapi |
Bangku pemberian seseorang |
Ini merupakan gerabak keretapi mewah pada tahun 1900 an |
Kepala keretapi pada tahun 1520 |
gerabak keretapi yang berfungsi sebagai dapur |
Stesen keretapi dibina pada tahun 1903 |
Di kaunter tiket Stesen Penny |
Di bahagian dapur di Rumah Ketua Stesen |
Mesin basuh |
Pemanas rumah |
Terdapat mesin taip lama |
Penolak kepala keretapi |
Keretapi yang berfungsi menolak salji di landasan keretapi |
piano lama |
cawan yang digunakan di dalam gerabak dapur |
Selepas selesai lawatan di sini.. kami meneruskan perjalanan ke Quesnel yang mengambil masa perjalanan 2 jam. Lebih kurang 130 km.
Ok! Sampai di sini untuk hari kedua. Insyaallah teruskan membaca untuk entri perjalanan kami ke destinasi yang di tuju.
#ceritakamidikanada
#musafirkelanadibumikanada
0 comments