Sambungan daripada Part 2....
Antara tempat penginapan yang paling saya suka sepanjang kembara kali ini. Iaitu Bear Creek Lodge . Boleh lihat di sebelah banner hotelcombined.com 👉 untuk lihat persekitaran tempat penginapan lebih dekat.
Semasa di Bear Creek Lodge, kami menikmati pemandangan sungai kecil tapi tak boleh mandi ataupun cecah-cecah kaki di gigi air pun tak boleh. Bukan sahaja sejuk tetapi nanti dengan badan kita di bawa lari oleh air sungai yang sangat deras.
![]() |
| Kami bermalam di lodge bernombor 12 |
![]() |
| Pemandangan di persekitaran kawasan Bear Creek Lodge |
![]() |
| Boleh buat BBQ di tepi sungai ini, ada disediakan tempat untuk membakar ikan dan daging. |
Hari Kelima (24 Jun 2020)
Kami hanya tidur satu malam sahaja di Bear Creek Lodge. Kami tinggalkan jejak-jejak yang paling indah di sini. Kenangan tinggal di lodge yang paling awesome!!...
Pagi ini, sarapan roti dan nutella sahaja. Jam 6 pagi kami sudah check-out untuk pergi ke Morraine Lake. Tasik yang dikatakan paling cantik di dunia. Hari ini juga merupakan hari pertama Morraine Lake buka semula kepada pengunjung selepas ditutup kerana Covid19. Dan, kami merupakan orang terawal yang beratur di pintu masuk Morraine Lake.
Untuk naik ke Morraine Lake, kita boleh bawa kenderaan sendiri. Dan, mereka siapkan tempat letak kereta yang selesa. Namun, untuk kali ini kenderaan yang naik dikawal rapi kerana tidak mahu terlalu ramai di atas kawasan Morraine Lake. Dan, saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan kami untuk naik ke atas. Syukur syukur Alhamdullilah...
Untuk masuk ke Morraine Lake percuma sahaja. Daripada tempat park kereta, kami kena mendaki dalam 400 meter ke atas menggunakan laluan yang disediakan. Kenapa perlu naik ke atas? Untuk mendapatkan view yang cantik. Dikatakan warna biru pada Morraine Lake kerana pantulan cahaya yang terjadi daripada batu-batuan di dalam tasik. Memang sangat indah kejadianNya. SubhanaAllah..
Selepas kami ke Morraine Lake, saya ke Lake Louise. Tetap cantik, namun Morraine Lake lagi cantik...Ini merupakan kali kedua kami datang ke Lake Louise. di Lake Louise ada sebuah hotel yang dikenali sebagai Fairmont Chateau Lake Louise. Di Lake Louise, ada juga perkhidmatan untuk menyewa kayak ataupun canoe. Tapi, kami tidak cuba kali ini sebab masih belum dibuka lagi dan kami kena bergegas ke Kelowna kerana perjalanan ke sana mengambil masa lebih 5 jam. Dikatakan, pemandangan sangat cantik, wajib banyak berhenti...
Perjalanan daripada Morraine Lake ke Lake Louise sejauh 60 km.... Sebenarnya jarak setiap satu tasik bukanlah dekat. Jadi, rancang perjalanan anda....kalau hendak dikira penat memang penatlah. Keseronokan mengatasi kepenatan. Betul tak. Hendak ke tandas juga kena rancang sebab ramai orang, dan sekarang bila berada dalam norma baharu. Tandas juga beratur panjang.
Jom, saya kongsikan gambar kami di Morraine Lake dan Lake Louise.
![]() |
| Ke arah pendakian ke Morraine Lake. |
![]() |
| Pemandangan ini boleh dilihat sebelum naik ke atas Morraine Lake |
![]() |
| Kami sudah sampai di atas.... |
![]() |
| Pemndangan di bahagian bawah Morraine, tetap cantik |
![]() |
| Bergambar bersama anak-anak |
![]() |
| Tu diaa. Lana suruh gaya begini... |
![]() |
| Baru turun daripada atas Morraine Lake... |
![]() |
| Menikmati keindahan Morraine Lake |
![]() |
| Lake Louise |
![]() |
| Lake Louise |
![]() |
| Lake Louise |





























































