Kembara Canadian Rookies Summer 2020 di musim Covid19 - Part 2

by - Thursday, July 09, 2020

Sambungan daripada Part 1...

Pabila sudah dapat katil...aduhai..tak ingat lain, Memang ingat tidur.  Rasanya tidur paling lena ..😆

Kebetulan kami musafir, maka solat Maghrib jamak bersama Isyak.  Alhamdullilah.  Saya tersedar waktu Subuh.  Kejutkan suami dan anak-anak.  Masalahnya, lepas solat Subuh sambung balik tidur.  Di Jasper Subuh masuk jam 4 pagi....5.30 pagi sudah terang-benderang..

Saya bangun jam 10 pagi.  Tu dia, balas dendam nampaknya. Rupanya dapat pesanan ringkas daripada Ayu untuk ajak jalan-jalan keliling Jasper.  Dah bangun lewat...

Di sini, kami telah berjumpa kawan kami dari Calgary. Untuk bercuti bersama.  Seronok juga bila ramai-ramai.  Calgary lebih dekat untuk sampai ke Jasper.  Lebih kurang 5 jam tak silap saya sekiranya tidak berhenti.  Kalau macam kami, sekiranya tidak berhenti di Prince George dalam lebih kurang 16 jam memandu.  Jauh kan perbezaannya.  Itu sebabnya kami pengsan....hahaha...logik tak alasan ni?

Sebenarnya suami sudah awal-awal pagi keluar pergi main golf dengan kenalan dari Calgary.  Saya dan anak-anak yang sambung tidur.  Di Kanada, sekiranya kalau nak main golf... boleh main sahaja dan jangan risau kalau anda tidak pro.  Tiada siapa yang akan ketawakan anda.  No worries.  Kau pukul sahaja, yang penting hati gembira.

Hari Ketiga (22 Jun 2020)

Untuk sarapan pagi, Lana siapkan pizza segera.  Hebat tak? pergi travel tapi buat pizza.  Simple je.  Itu sebab saya suka tempat penginapan yang ada dapur.  Boleh masak macam-macam.  Sementara tunggu suami balik daripada main golf.  Saya masak nasi dan siapkan lauk-pauk untuk makan tengahari.  Masak sayur lemak putih dan goreng ikan.  Alhamdullilah.  Kita kongsi rezeki makan tengahari sama-sama.

Saya jemput Ayu dan suami makan tengahari bersama- sama di bilik penginapan kami.  Tak sangka pula dapat buah tangan dari Calgary.  Ayu bawa daging dan ayam mentah.  Alhamdullilah.  Sebenarnya sudah hampir 3 bulan kami tidak dapat supply daging lembu halal ke Kitimat kerana dikhuatiri salah- seorang pekerja kilang sembelihan dikatakan terkena Covid19.

Lepas makan tengahari saya sekeluarga bercadang ke Maligne Lake untuk bermain kayak atau canoe.  Ayu sekeluarga hendak pergi naik sky tram.

Bila sampai di Maligne Lake...nampaknya, hanya perkhidmatan canoe sahaja yang dibuka untuk musim ini sebagai langkah berjaga-jaga. Banyak prosedur yang perlu dilalui, saya wajib mengisi borang mengisytiharkan kesihatan kami sekeluarga.  Setiap seorang, satu borang wajib di isi.  Allahuakbar...

1 jam 100 lebih dolar....  macam tak cukup tapi itupun rasa dah cukup penat mendayung.  Kesian suami sebab dia yang terbalik ulang-alik ke dek menukar penumpang.  Saya, Lana dan Umar....

Tugas saya ialah mencari sudut yang cantik untuk ambil gambar.  Memang semua sudut yang cantik, tiada satu pun tak cantik di sini.  Subhanallah... Kalau sebelum ini, saya hanya melihat gambar-gambar ini di kalendar, di majalah-majalah.  Barulah saya tahu rupanya ini merupakan gambar-gambar tasik di Kanada.  Nanti boleh lihat gambar anak-beranak di bawah ye... baca dulu ok!

Balik dari Maligne Lake, Kami singgah di Maligne Canyon.  SubahanaAllah.  Kejadian batu-batuan yang cantik beratus tahun.  Ambil gambar, Lana dengan Umar habis posing.  Mama diaorang pun tak kurang hebatnya...

Umar mengajak makan aiskrim di Downtown Jasper selepas pulang dari Maligne Canyon. Rupanya kedai aiskrim itu milik bangsa Korea.  Lama dah tak jumpa orang Korea...  Punyalah besar aiskrim, kenyang sampai ke malam...

Kami lepas di tepi jalan keretapi sambil melihat pejalan kaki, penunggang basikal... nyaman betul lahh...mmmm

Balik ke Jasper Inn... solat Maghrib jamak Isyak... Esok akan checkout pagi-pagi jam 8 untuk ke Lake Louise.  Yuuhuuu...

Hari Keempat (23 Jun 2020)

Jam 5 pagi, saya bangun untuk masak sarapan dan menyiapkan bekalan untuk makan tengahari di dalam perjalanan kami ke Lake Louise.

Saya masak nasi, sayur campur goreng dan ikan talapia goreng sambal.  Siap !!  Sedap kan...hihihi
Semuanya disimpan dalam beg igloo, insyaallah tahan panas sampai 8 jam.

Perjalanan ke Lake Louise mengambil masa 5 jam tetapi perjalanan kami jadi 8 jam sebab terlalu banyak tempat yang cantik dan wajib berhenti... rugi wooo tak berhenti...ambil gambar..😀

Pertama kami singgah di Athabasca Falls... Subhanallah...😍... gayat tapi cantik..

Kedua kami singgah Sunwapta Falls.  Ada resort di sini ... cantik...tiada perkataan lagi dapat diungkapkan sebab semua gambar cantik sangat.  Saya sempat membeli baju sebagai kenangan, yang ada tulisan Sunwapta Falls.  Lepas itu saya dan suami beli cawan yang ada tulis 'the rockies'.  Habis nak dekat 200 dolar walaupun tujuan asal nak beli air mineral dan tumpang ke tandas.  Tak apalah, rezeki untuk mereka kann...Alhamdullilah..

Ketiga kami meneruskan misi ke Iceberg Field, glacier terbesar di Kanada.  Perjalanan dalam 1 jam setengah...kali ini saya yang pandu kereta sebab suami kata sudah lenguh tangan.  Yuuhuu...memandu di Jasper tuuu...😁

Tanpa saya sedari rupanya kami sudah sampai di kawasan glacier... punyalah besar kawasan ini sampai saya fikir ini masih lagi kawasan Jasper...

Allahuakbar, cantiknya...rupanya hanya di tepi jalan raya utama boleh lihat glacier.  Umar ajak kami mendaki ke kawasan glacier.  Katanya sudah lama tidak pergi hiking.  Ho lahhh...

Rupanya boleh mendaki...saya sekeluarga mendaki dalam 200 meter untuk melihat secara dekat.  Angin sangat kuat bertiup dan sejuk.  Sekiranya, hendak berdiri di atas glacier, boleh ambil bas dan bayar di kawasan yang disediakan.  Saya fikir tak perlu kot sebab Kitimat pun memang sudah bersalji.  Salji tebal depan rumah.

Lagipun mahal sangat... hihihi...itu sebenarnya alasannya...

Keempat kami singgah lagi satu tasik yang dikenali sebagai Bow Lake... SubhanaAllah.  Memang cantik sangat dan tidak ada orang masa kami sampai di situ. Ambil gambar dan teruskan perjalanan.  Di kawasan R&R Bow Lake, kami terlihat seekor grizzly bear sedang makan tengahari.. hahahaha.. makan rumput daaa... ambil video, jangan lepaskan peluang..kann.

Meneruskan perjalanan ke Lake Louise...sampai jam 8 malam.

Kali ini bermalam di Bear Creek Lodge.. lodge dalam hutan...

Pada malam ini, saya masak spaghetti carbonara untuk santapan sekeluarga.  Alhamdullilah...

Hanya satu malam sahaja di sini.  Akan meneruskan perjalanan ke Kelowna pula esok..

Sambungan part seterusnya yaa.. kita layan gambar dulu...

koleksi sitikb
Posing atas canoe

Koleksi sitikb
Giliran Lana pula mendayung

Koleksi sitikb
Umar pula mendayung

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Kawasan restoran tapi kali musim ini banyak ditutup

Koleksi sitikb
Gayat woiii

Koleksi sitikb
Sesiapa yang jatuh confirm tiada yang hidup, logik akal saya lah.  Airnya yang sangat deras.

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Sambil makan aiskrim

Koleksi sitikb
tengok keretapi lalu, Lana dengan Umar excited nak ambil gambar

Koleksi sitikb
Perjalanan ke Lake Louise, singgah ambil gambar di 3 gunung

koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Posing potret...

Koleksi sitikb
Lana kebasahan

Koleksi sitikb
Posing atas tangga, punyalah banyak nyamuk...

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Selepas mendaki sejauh 200 meter

Koleksi sitikb
Umar berjalan di atas sebahagian kecil glacier yang sudah semakin cair.

Koleksi sitikb
Bila Mama posing dengan anak-anak di kawasan glacier...

Koleksi sitikb
Giliran Mama posing seorang diri di kawasan glacier.  Hari ini dalam sejarah Mama 😀

Koleksi sitikb
Posing di tepi jalan sambil melihat air terjun yang keluar daripada atas gunung kerana salji yang semakin cair 

Koleksi sitikb
Berhenti makan tengahari dengan buka bekal sendiri.  Dengan suhu 10 degrees

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Masa ini terlihat grizzly bear di hadapan R&R ini.





You May Also Like

0 comments