Kembara Canadian Rookies Summer 2020 di musim Covid19 - Part 1

by - Wednesday, July 01, 2020

Trip kali ini merupakan trip berani gila.  Kenapa saya kata begitu? Sebab saya dan suami tidak pernah memandu kereta sejauh ini bersama anak-anak yang saya kira masih lagi kecil walaupun semuanya dah boleh pergi ke tandas sendiri.  Jangan lupa satu perkara, kami kembara di musim Covid19.

Alhamdullilah, Allah memberi laluan serta semua urusan dipermudahkan.

Hari ini saya ingin kisahkan kembara kami selama 10 hari dan saya beri tajuk iaitu Kembara Canadian Rookies di Musim Covid19.

Perjalanan kami kali ini sejauh 3500 km bermula dari Kitimat - Jasper - Banff - Kelowna - Kitimat.  Kenapa saya memilih mengembara pada bulan Jun. Sebab di Kanada mungkin di USA juga, bila masuk Julai kos penginapan akan naik dua kali ganda.  Lagipun sudah bermula cuti musim panas.  Semua orang ingin keluar bercuti.

Kembara bersama anak-anak perlukan emosi yang stabil, perlukan masa untuk berehat dan makanan ikut selera mereka.  Kadang-kadang makanan tidak kena dengan tekak mereka ditambah pula dengan kepenatan buat emosi mereka cepat tidak stabil atau emosi kita pula yang naik mencanak.  Apa-apa pun kembara bersama anak-anak kena banyak sabar.  Wajib create cerita-cerita menarik dan ikut cara mereka.

Bayangkan lah, bila anak nak ke tandas.  Di situ pula tiada tandas langsung, kalau ada pun tandas di sini memang tiada paip air.  Kau rasa? macamana. Persediaan itu penting kan.  Maka, untuk persediaan ke tandas kami siapkan spray air dan tisu.  Di tambah pula sekarang musim Covid19, maka banyak persediaan yang wajib dilakukan.

Persediaan yang saya lakukan :-

1)  Kelengkapan Pakaian

Memandangkan kami akan menetap di Jasper dan akan pergi ke kawasan glacier, saya perlu bawa baju sejuk yang tebal sebagai persediaan.  Maka, beg tidak perlu bawa beg jenis kotak, saya pakai beg jenis backpack.  Lagipun, kenderaan kami jenis SUV, cukup untuk kami berempat sahaja.  Saya juga bawa kasut yang sesuai untuk dipakai.  Di Kelowna, suhu agak tinggi antara 27 - 31 degree maka hanya bawa baju yang nipis sahaja.  Tidak perlu bawa banyak sangat baju sebab kebanyakan tempat penginapan ada menyediakan perkhidmatan mesin basuh baju dan pengering.

2) Makanan

Kalau cerita bab makanan.  Saya bersyukur sangat sebab saya tidak perlu makan di luar selama 10 hari.  Lagipun banyak restoran masih tidak buka lagi.  Kalau buka pun, pelanggan yang masuk pun di kurangkan.  Wajib beratur panjang.  Hampir 10 hari, saya masak.  Saya beli 'cooler box' dan bekukan makanan basah serta sayur-sayuran.  Saya dan suami akan cari tempat penginapan yang menyediakan dapur untuk memudahkan saya masak.  Masak yang simple-simple je...

3) Kenderaan

Kami guna kenderaan sendiri jenis SUV.  Comel... memang letih la sebab kereta kecil, barang penuh sampai atas bumbung.  Hahahah.  Saya pasang Thule atas bumbung kereta.  Kami juga pernah menggunakan perkhidmatan sewa kereta pada kembara tahun lepas.  Boleh lihat post saya sebelum ini.

4) Tempat penginapan

Saya dan suami cuba mencari tempat penginapan yang menyediakan dapur serta peti sejuk.  Jangan risau, kebanyakkannya ada bila ada mengembara di Kanada.  Paling murah pun, selalunya ada peti sejuk comel.  Tengok atas permintaan kita sebagai pelanggan.  Saya tempah melalui Airb&b.

5)  Perkhidmatan Tandas dan Wuduk

Kembara di Kanada saya fikir mudah sahaja sebab banyak tandas disediakan walaupun kau pergi hiking dalam hutan.  Itu yang paling best la tapi bab-bab air tak boleh bincang.  Memang tiada, maka saya siapkan spray dan tisu serta hand sanitizer.  Untuk ambil wuduk pula, gunakan spray dan solat dalam kereta.  Jangan lupa bawa kompas.  Mudah kan?  Sebab kami mengembara di musim panas, maka waktu solat lebih panjang.  Boleh buat solat jamak dan qasar bila sampai ke destinasi.  Jangan risau Kanada ni bila musim panas, Subuh masuk jam 3 pagi. Maghrib pukul 10.30 malam. Akan berubah dari semasa ke semasa.  Yang penting kau jangan tinggal solat waktu beb!  Barulah perjalanan lebih berkat.

Hari Pertama (20 Jun 2020)

Bertolak dari Kitimat jam 6.30 pagi sampai di Prince George tidur 1 malam di Woodhouse Cottage and Ranch . Ini saya ada ceritakan tentang review tempat ini.  Perjalanan dari Kitimat ke Prince George sejauh 683 km selama 8 jam.  Memang wajib bermalam sebab kami driver Malaysia. Hahahaha.  Kita main dengan kuda dulu sebelum bertolak ke Jasper esok...


Hari Kedua (21 Jun 2020)

Hari ini baru betul bermula pengembaraan sebenar.  Keluar sahaja dari bandar Prince George, kami sudah tidak jumpa lagi bandar sampai 3 jam.  Tahu-tahu je, beruang hitam melintas la. Rusa melintas la.  Itu tandanya kami berada dalam hutan.  Anak-anak sangat teruja.  Suami saya siap memperlahankan kenderaan untuk melihat beruang lebih dekat.  Jangan risau, Utara Kanada memang banyak beruang. Jangan dekat tau! Kalau diaorang terkejut, kita yang dikejarnya.

Kami berhenti makan tengahari di McBribe, sebuah bandar kecil dan banyak sejarah di sini. Makan makanan yang saya masak pagi tadi.  Nasi goreng style Jawa. 😁

Perjalanan dari Prince George ke Jasper mengambil masa 8 jam lebih tapi kami banyak berhenti sebab banyak sangat pemandangan yang cantik-cantik.  Lebih kurang 700 km untuk sampai ke Jasper.  Pada malam ini kami bermalam di Jasper Inn.  Kami sampai jam 9 malam di Jasper Inn. Walaupun masih terang-benderang lagi tapi badan sudah minta untuk berehat bila nampak katil.

Ok, kita sambung cerita pada part 2 pula nanti...

Jom layan gambar. Banyak sangat cerita boring pula ye tak?

Koleksi Sitikb
Berhenti rehat di McBribe, sebelum tu kita joget dulu.  Ini merupakan Visitor Centre.  Cewahh..😅

Berhenti lagi sebab nak bergambar di signboard

Koleksi Sitikb
Penat beraksi

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb

koleksi sitikb
Tandanya nak sampai Jasper

koleksi sitikb
Pintu masuk Jasper Provincial Park.  Bayaran dikenakan 10 dolar seorang.

koleksi sitikb
hurray...dah sampai Alberta!



You May Also Like

0 comments