Camping di Lakelse Lake Provincial Park, British Columbia, Canada

by - Tuesday, July 21, 2020

Pada hujung minggu yang lepas...


Saya bersama keluarga telah pergi camping dan bermalam di sebuah camp site yang sangat awesome.  Tidak jauh daripada tempat tinggal kami.  Walaupun sebelum ini, kami hanya pergi berkelah di tepi tasik tetapi kali ini saya membuat keputusan menikmati keindahan hutan di Lakelse Lake Provincial Park.

Antara kawasan hutan yang di jaga rapi di kawasan utara British Columbia.

Ia menyediakan lot-lot untuk 'camp site' untuk di sewa serta bermalam. Kadar yang dikenakan untuk satu malam sebanyal CAD 25 dolar kepada yang tiada menggunakan sebarang perkhidmatan plug elektrik.  Contohnya kepada yang ada camper van, mereka akan menyewa lot 'camp site' yang menyediakan plug elektrik memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan charge bateri.

Di sini, tiada menyediakan perkhidmatan sewa khemah ataupun sewa kayak ataupun sewa bot.  Jadi, anda perlu membawanya sendiri.  Saya membeli khemah jenama coleman.com untuk 9 orang berharga CAD 339 di Canadian Tire, Terrace.  Anda boleh membeli Boleh semua kelengkapan itu di Terrace seperti Walmart dan Canadian Tire.  Tidak jauh dari Lakelse Lake.  Lebih kurang 30 km ke hadapan.

Saya sangat berpuas hati dengan produk daripada coleman.com.  Antara barang yang saya gunakan daripada produk coleman.com ialah khemah dan cooler box.

Saya membawa makanan mentah seperti daging, spaghetti, roti untuk memasak di malam hari.  Sangat mudah dengan adanya cooler box daripada coleman.com . Makanan akan kekal segar selama 24 jam.
Saya, check-in jam 1 tengahari dan check-out jam 11 pagi. ( di kira selama 1 hari)

Saya menggunakan khidmat asas iaitu menggunakan tandas dan bilik air yang di sediakan oleh pihak provincial park.

Lakelse Lake merupakan kawasan hutan yang terletak bersebelahan dengan sebuah tasik yang sangat cantik.  Ia menyediakan kawasan untuk mandi, berkayak serta bermain bot.


Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BC Provincial Park. Sangat bersih dan tidak bising.  Jauh daripada bunyi kenderaan.

Jemput camping di Lakelse Lake Provincial Park, British Columbia, Canada

Koleksi sitikb

koleksi sitikb
Menikmati makan malam

Koleksi sitikb
Nombor Khemah

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb



Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

koleksi sitikb
Tidur yang sangat selesa menggunakan tilam yang dibeli di amazon.com

Koleksi sitikb


Koleksi sitikb




Shop Related Products 👇


 

You May Also Like

0 comments