Kembara Canadian Rookies Summer 2020 Musim Covid19 - Part 4

by - Monday, July 13, 2020

Sambungan daripada Part 3...


Hari Keenam (25 Jun 2020)

Hari keenam merupakan pengembaraan ke kawasan selatan, iaitu daerah Kelowna.  Kelowna dikenali kawasan yang agak panas di negeri British Columbia.  Pada bulan Mac, Kelowna mempunyai dua musim.  Kenapa?  Orang ramai boleh pergi bermain skii di gunung dan boleh juga bermain air di tasik.  Menikmati keindahan tasik sebab salji sudah cair.  Musim panas di Kelowna juga lebih lama berbanding utara British Columbia.

Suhu pada musim panas di Kelowna boleh mencecah sehingga 30 degrees lebih.  Kelowna terkenal dengan keindahan ladang-ladang buah-buahan. Saya sempat menyinggah di salah sebuah pemilik ladang yang menjual buah-buahan daripada ladangnya dan mereka mengusahakan juga ladang lembu tenusu dengan menghasilkan aiskrim sendiri.

Koleksi sitikb
Kedai pemilik ladang

Koleksi sitikb
Pondok rehat di kedai buah-buahan di ladang

Koleksi sitikb
Kilang lembu tenusu

Koleksi sitikb


Kebetulan masa kami sampai suhu sekitar, 25 - 30 degrees.  Aduhai, minta maaf sangat-sangat... sungguh saya dan anak-anak jadi kepanasan.  Sebab kami sudah mula imun dengan suhu daripada utara.  Tapi, memang penduduk sini maklum.  Kalau orang yang datang daripada utara mereka mengadu panas sebab Kelowna lebih panas dan terik.  Semuanya menghormati, tiada yang pelik di sini.  Tiada yang mengatakan macam-macam dan buat muka pada kami.  Begitulah....budayanya...

Di Kelowna saya sekeluarga berkongsi sebuah rumah apartment dengan keluarga Ayu selama 4 hari.  Ada 4 bilik di sini.  Saya ambil 2 buah bilik di bahagian bawah dan Ayu anak-beranak berada di atas.  Walaupun rumah ini dikenali sebagai apartment tetapi ia dikenali sebagai kondominium dua tingkat di sini.  Ada kolam renang di luar.  Itulah antara perkara yang paling menyeronokkan.  

Pada hari keenam, pagi-pagi kami menikmati angin di tepi kolam renang sambil melihat anak-anak berenang.  Mula-mula lihat, lepas itu terjun sama.  Aduhai, seronoknya...sudah lama betul tidak berenang di kolam renang terbuka.  Tiba-tiba rindu dengan Malaysia. hihihi

Selepas puas mandi di kolam renang, saya dan Ayu memasak untuk makan tengahari.  Memang laparla kan selepas mandi di kolam.  Memang begitu, adatnya... 

Sebelah petang pula, kami bercadang hendak pergi ke ladang buah ceri.  Tapi, rupanya masih belum dibuka.  Jadi kami pergi bawa anak-anak bermain go-kart.  Pada masa inilah, Umar dan Lana tidak lupa pada saya habis berpeluh-peluh sebab kepanasan.  Tapi, hilang peluh lepas tekan pedal go-kart. hahaha... Habis semua join sekali bermain.  Suka betul anak-anak sebab sudah terlalu lama tidak bermain go-kart.  Saya lihat anak-anak seronok...

Habis main go-kart, kami ke Gyro Beach di tengah bandar Kelowna menikmati keindahan pantai di sini.  Tapi tak lama di situ, sampai jam 7 petang saya balik sebab anak-anak sudah kelaparan.

Balik ke apartment.  Letih juga kan...  Masak untuk makan malam yang simple asal masing-masing kenyang....Alhmadullilah...

Saya nak ceritakan sedikit berkenaan waktu solat.  Waktu solat di sini agak berbeza sedikit daripada rumah saya dan Jasper.  Masih saya ingat lagi, semasa di Jasper waktu Isyak masuk jam 12 malam lebih.  Tetapi di Kelowna dalam 11 malam lebih.  Apa yang menariknya, bila kita menjadi musafir kita boleh buat solat jamak dan qasar.  Maka, saya boleh tidur awal selepas solat Maghrib.  Maka, tidur saya lebih lama untuk tunggu sehingga waktu Subuh.  Nikmat yang tidak dapat saya nafikan.  Tidur yang lebih lena...

Koleksi sitikb
Bunga ros tumbuh meliar di Kelowna

Koleksi sitikb
Bunga ros kuning

Koleksi sitikb
Bunga ros punyala besar

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb
Bandar Kelowna

Koleksi sitikb
Tepi pantai di Downtown Kelowna

Koleksi sitikb
Bandar Kelowna




Hari Ketujuh (26 Jun 2020)

Pada pagi ini, saya tidak kemana-mana hanya berehat di apartment.  Suami saya dan suami Ayu keluar pergi bermain golf.  Kita bagi can ye...  Kos untuk bermain golf di sini, boleh dikatakan murah.  Mungkin sebab semua perkakasan daripada sini dan di sini juga boleh dikatakan ada banyak padang golf walaupun di kampung-kamoung kecil.

Hari ini merupakan hari terakhir kami akan berada di Kelowna.  Besok, pagi-pagi saya akan pulang semula ke tempat kami mencari rezeki.  Cukuplah untuk kembara kali ini.  Merawat kerinduan sebab tahun ini mungkin tiada peluang untuk balik bercuti ke Tanahair. 

Pada petang hari ini, rupanya Ayu dan suami telah ada rancangannya sendiri.  Mengajak kami naik bot keliling Tasik Okanagen sambil bermain pelampung.  Ataupun ingin berenang di dalam tasik.

Satu pengalaman yang sangat menarik, sebab saya dapat merasakan pengalaman memandu bot walaupun sekejap.  Hahaha...

Kemudian, tergelincir jatuh ke dalam tasik yang airnya rupanya sejuk sangat....hahahha.... Nasib baik masing-masing pakai sut jaket keselamatan.  Tiada yang mabuk laut...Selama 4 jam di dalam air dalam gelombang air yang boleh tahan juga.  Kalau tidak tahan, memang boleh mabuk laut.  Tapi sebab masing-masing bermain dengan pelampung.  Jadinya, orang tua kata petua nak elak mabuk kena main dengan air semasa dalam bot atau kapal. Tak tahulah betul atau tidak...hahahaha...

Di sini, saya berikan link kepada yang berminat untuk sewa bot.  Hanya perlukan lesen kenderaan ataupun lesen antarabangsa.

👉 https://www.sunwaveboatrentals.com  . Nombor telefon - (250)-8012383 . Harga sewa bot bermula Cad 199 .  Makin besar bot lebih mahal.

Kami share-share bayar untuk naik bot.

Book secara online...Nanti boleh check review ok! 

Lepas habis naik bot, kami menjamu selera di tepi tasik.  Bentang tikar makan tepi tasik... makan bekal yang di masak tengahari tadi.  Panas lagi sebab letak beg igloo. hihihi

Lepas makan,  Ayu nak belanja kami semua makan aiskrim paling sedap di Kelowna.  Wahhh, punya la best.  Yang tak best sebab kena beratur panjang di luar.  Hanya 4 pelanggan sahaja dibenarkan masuk...

Wahhh...makan aiskrim sambil menikmati angin pantai.  Syok tuh... orang belanja pula.  Terima kasih Ayu dan Nizar.  Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Lepas itu, kami pulang ke apartmen.  Kali ini, betul-betul keletihan...saya minta Lana membasuh segala baju sebab esok nak balik ke Kitimat.  Perjalanan kali ini ambil masa 2 hari...kami akan berehat dan tidur satu malam di Prince George.

Esok jam 4 pagi, saya akan masak untuk bekalan perjalanan kami selama 2 hari...begitulah..

Koleksi sitikb
Lana dan Umar memulakan misi..

Koleksi sitikb
Sebelum bergerak ambil gambar dulu

Koleksi sitikb
Bot sedang diturunkan daripada dek

Koleksi sitikb
Ambil gambar dulu...

Koleksi sitikb
Jauh tak....saya tolong pegang pelampung

Koleksi sitikb
Bandar Kelowna dari tasik

Koleksi sitikb
Pandangan dalam bot

Koleksi sitikb
Naga yang dikatakan menjadi mitos berada dalam tasik 




Hari Kelapan (27 Jun 2020)

Bangun pagi,  rupanya Ayu sudah siap masak spaggethi goreng daripada malam tadi.  Aduhai, sedapnya...tambah lagi sedap sebab orang yang masakkan. Lagilah bertambah sedap...

Saya pula memasak untuk bekalan makan tengahari dan makan malam.  Sambil mengemas semua sekali serta membersihkan dapur dan rumah.  Kami akan pulang ke Kitimat, Ayu pula akan pulang ke Calgary, Alberta.  

Begitulah, bila ada pertemuan pasti ada perpisahan.  Semoga berjumpa lagi di lain kali.  Bukanlah dekat nak sampai satu-satu tempat ambil masa berhari-hari.  Pertemuan ini mengajar erti tentang rindu.  Rindu untuk datang bercuti lagi...

Jam 10.30 pagi, kami check-out...

Memulakan perjalanan ke Prince George yang mengambil masa 8 jam untuk sampai... Tetapi punyala banyak tempat kami berhenti sebab banyak pemandangan yang sangat cantik.

Alhamdullilah sampai di North South Hotel.  Hotel 3 bintang...ok lah untuk transit satu malam... sebelum kami menyambung semula perjalanan pulang ke Kitimat...

Koleksi sitikb
Berhenti di Kamloops




Koleksi sitikb
Kamloops


Koleksi sitikb
Saya berhenti di sini sebab nama daerah ini sangat unik.  Daerah ini bernama 108 Miles

Koleksi sitikb
Dijadikan kawasan sejarah

Koleksi sitikb
Kawasan sejarah yang dahulunya merupakan tempat pencari emas

Koleksi sitikb
Kereta pun nak posing


Hari Kesembilan (28 Jun 2020)

Kami check-out dari hotel jam 7 pagi.

Mencari kedai untuk sarapan pagi.  Lapik perut dengan roti bersama air kopi panas dari Tim's Hortons.  Sungguh menyegarkan...

Selepas memandu lebih 4 jam, kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah pekan kecil.  Saya lupa nama pekan itu.

Saya dan keluarga sempat singgah di Smithers dan mendaki sekejap untuk melihat keunikan Twin Falls.  Terasa kejang kaki sekejap...hahaha..

Jom layan gambar kami di Smithers 👇





Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb

Koleksi sitikb


Alhamdullilah, sampai di rumahku syurgaku jam 7 petang....

Masak nasi,  masak la apa-apa kan...yang ada di dalam peti sejuk..

Pengajaran kembara :-

Saya dapat melihat keunikan ciptaan Allah Taala.  Perubahan keadaan muka bumi dari utara hingga ke selatan British Columbia dan Alberta, Canada.  Daripada kawasan bergunung salji hinggalah ke kawasan panas dengan ladang-ladang yang terbentang luas.  SubhanaAllah..

Pengembaraan mengajar kita tentang kesabaran yang tinggi.  Masalah boleh diatasi sekiranya kita berada dalam bertenang.  Sentiasa ingat padaNya.  Sentiasa menjaga waktu solat kerana Dia akan membantu perjalanan kita lebih diberkati.  

Mengurangkan kos perbelanjaan dengan memasak sendiri.  Banyak yang kami boleh jimat... Saya bersyukur Allah memberi peluang dan nikmat pengembaraan ini.

Semoga coretan saya sebanyak 4 siri bermula part 1 - part 4 memberi manfaat kepada pembaca untuk membuat rujukan perjalanan kalian. 😊😊





You May Also Like

0 comments