Sambut Tahun Baru 2025 Di Cameron Highlands
Assalamualaikum w.b.t
Selamat tahun baru 2025 …
Selepas 25 tahun, saya kembali ke sini bersama anak-anak !!
Cuti pendek selama tiga hari kami sekeluarga manfaatkan untuk menikmati keindahan alam semulajadi di ladang teh milik Boh Plantations Sdn Bhd. Hampir setengah hari kami melepak menikmati cuaca yang sejuk di ladang teh yang terletak di Sungai Palas, Cameron Highlands. Suhu sekitar 23 celcius buat kami terasa seperti di musim panas di Kanada. Memang rindu sentiasa menjengah bila teringatkan kan Kitimat, Kanada.
Ladang Teh Boh ini menyediakan pelbagai aktiviti antaranya lawatan ke kilang teh, kami dapat melihat bagaimana cara teh di proses bermula daripada mengutip ladang teh sehinggalah ia menjadi serbuk teh. Rupanya packaging di lakukan di Selangor selepas ia menjadi serbuk teh.
Keinginan anak perempuan saya ingin melihat teh di proses tercapai kerana dia peminat teh. Paling teruja untuk melihat. Ini adalah pertama kali anak-anak saya menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Paling menggerunkan ialah jalan yang berliku dan sempit untuk sampai ke ladang teh. Saya asyik menutup mata setiap kali sampai ke selekoh yang tajam. Sebab bukan saya yang pandu kereta kan....
Tapi betul saya seronok dan tak sangka pengalaman kali ini berbeza dengan 25 tahun dahulu. Cameron Highlands sudah berbeza.
Jam 3 petang kami turun dan pulang berehat ke tempat penginapan kami yang terletak di Brinchang. Kami menginap di Nova Apartment, Kea Farm. Penginapan ini saya tempah melalui Agoda.com dan untuk pengetahuan semua selama 3 hari 2 malam kami hanya membayar RM 280 sahaja untuk 3 bilik tidur. Cukup selesa dan luas untuk kami berempat. Walaupun pihak hotel tidak menyediakan sarapan tetapi di apartment menyediakan microwave juga kelengkapan dapur yang ringkas. Juga, di sekitar penginapan terdapat banyak restoran dengan harga yang berpatutan. Kebanyakannya beroperasi sehingga jam 12 malam.
Selepas selesai solat Asar pada hari kedua, saya mengajak anak-anak dan suami ke Fragrance Nursery yang terletak 2 km dari tempat penginapan kami. Tujuan sebenar ialah memborong bunga !!! hihih.. tak sangka harga ok sangat... Cameron kan... banyak juga saya borng adalah 10 jenis bunga. Selepas habis sebanyak RM 140 ... saya puas hati dengan harga yang ditawarkan. Kalau macam ni lain kali boleh datang lagi sebab harga jauh lebih murah di rumah saya.
Selesai di situ, kami jalan-jalan di Pasar Kea Farm. Banyak-banyak kedai ... kami makan aiskrim tempatan namanya Puku Cafe. Tak sangka sedap betul ! original rasa... bila ada strawberi. Korang mesti rasa tau bila sampai ke Cameron Highlands. Anak saya kata viral juga aiskrim nih.. Ok ...kami jalan-jalan sampai Maghrib lepas tu balik semula ke hotel. Lepas rehat dan solat Maghrib kami keluar menikmati makan malam di Restoran Mek Kelate Kedai Tomyam yang terletak sebelah bangunan Nova Apartment sahaja. Masakan panas-panas lagi tau ! Sedap betul lahhh
Malam kedua di Cameron Highlands ialah malam Tahun Baru 2025.... Jangan tak tahu... kami tonton movie Spiderman ...hahahha... memang perangai kitaorang lepak malam-malam tengok movie kalau pergi vacation. Sanggup bawa laptop la tapi kali ini kita search je kat TV smart di hotel nih. Senang rupanya Malaysia ni. Teringat masa jalan-jalan di Kanada kena bawa laptop sebab memang la tak ada nya smart TV kalau dok menginap tengah hutan. hahahah
Malam tu kami tidur lena walaupun daripada bilik tidur boleh lihat percikan bunga api dari Tanah Rata. Cantik sangat ! Tambah pulak dengan kabus yang sangat tebal. Suhu pada malam Tahun Baru menjunam turun sehingga 15 celsius. Tak ke rasa macam Spring di Kanada . Haa gitu !! ..hihi
Alhamdullilah. hari ketiga perjalanan balik rumah kami melalui Simpang Pulai. Sebelum ni kami melalui Tapah....
Menyinggah banyak tempat. Ada Avant Village makan coklat !!! sedapnya.... pastu ternampak Hobbitoon Village . Tak payah pergi oversea.. Malaysia pun ada lah.. yang seronoknya di Hobbitoon Village ada restoran, boleh menikmati keindahan hutan di atas puncak bukit. Hijau Malaysiaku...
Korang datang la ke Cameron Highlands... memang banyak tempat menarik !! kalau nak rasa sejuk kena datang hujung tahun. Jangan lupa bawa sweater.
![]() |
Lana buat gaya pekebun di ladang teh |
![]() |
Gambaran proses kejadian pokok teh kepada serbuk teh. Diberi penerangan sebelum masuk ke dalam Kilang Teh Boh |
![]() |
Ladang Teh Boh |
![]() |
Menyusuri anak-anak tangga ke ladang teh juga pusat pameran Teh Boh |
![]() |
Memang sejuk masa nih !!!! semasa di balkoni Kea Farm Apartment |
![]() |
Di Fragrance Nursery Brinchang |
![]() |
Di Fragrance Nursery Brinchang |
![]() |
di Avant Chocolate, Tanah Rata |
![]() |
di Hobbitoon Village |
![]() |
Jadi Hobbit, semasa di Hobbitoon Village |
![]() |
Mendaki ke kawasan Hobbitoon Village |
![]() |
Buat apa tu ? Panas katanya... hihi semasa di Hobbitoon Village |
0 comments