Cuti Pendek Ke Colmar Tropicale Berjaya Hills
Assalamualaikum w.b.t
Pengembaraan pendek kali ini ke Colmar Tropicale Berjaya Hills bersama keluarga. Sebenarnya percuti ini kami pergi semasa cuti pendek bulan Julai tahun 2024 lepas.
Peringkat awal saya merancang nak pergi ke Cameron Highlands tetapi saya cuba search penginapan. Eh! Tak sangka penginapan di Colmar membuat promosi 50 %. Apa lagi ambil peluang la kan… akhirnya saya dapat book apartment 2 bilik bersama dapur juga ruang tamu yang besar. Tingkat 2 … cantik sangat ! Dalam kawasan Colmar Tropicale. Satu lagi percuma untuk 3 orang breakfast. Penginapan selama 3 hari 2 malam sebanyak RM 940. Bagi saya macam menikmati suasana di kawasan kampung di Paris … berbaloi la harga macam tu.. sejuk tau pagi-pagi..
Untuk makan tengahari pula saya dan keluarga makan di kawasan Kampung Ketari nama restoran tu ‘Ina’s Patin’ … sedap sangat da berbaloi harganya ! Dalam 20 km memandu dari Bukit Tinggi. Boleh google ikut “Ina’s Patin”. Dapat la makan ikan patin asli dari Kampung Ketari. Memang berpeluh la makan tapi berbaloi dengan kesedapan menjilat jari … 🤭😅
Sudah selesai, kami singgah solat Zohor di Masjid Daerah Tengku Sulaiman, Bentong sambil menikmati view kampung di sini. Saya cuba google tentang sejarah perkampungan ini. Menarik untuk kita tahu .. orang zaman dahulu membuka kampung hanya berbekalkan cangkul dan parang. Mengambil masa berbulan-bulan untuk menjadikan kawasan tempat tinggal baru mereka… kemudian membina rumah secara gotong-royong. Anak-anak saya mendengar cerita kami dengan pelik… tapi teruja dengan pelbagai persoalan.
Suami saya kongsikan tentang sebuah buku yang bertajuk “Jungle of Hope” karya Keris Mas. Keris Mas merupakan seorang Sasterawan Negara yang berasal dan dilahirkan di Kampung ini yang diberi nama Kampung Ketari
Kami tak balik ke hotel tetapi meronda ke kawasan sekitar Bukit Tinggi. Al konon nak naik kuda …tutup la pulak… jurulatih balik kampung kot !! Kemudian. Saya singgah di Rabbit Farm … kali terakhir Lana datang semasa usianya 2 tahun.. Umar pun tak ada lagi masa tu.
Lana kata dia tak ingat apa-apa 🤣. Masa tu saya tak ikut kerana saya ada tugasan di luar kawasan tetapi suami saya membawa keluarga belah saya berjalan ke Bukit Tinggi. Masa itu Arwah Bapa saya pun ikut sekali… melayan cucu nya di Rabbit Faram. Menariknya di sini bukan sahaja ada rabbit tau tetapi ada kambing, ada ayam 😅. Jinak pula tu !
![]() |
Berada di balkoni apartment |
![]() |
Berada di balkoni apartment |
![]() |
Di hadapan pintu masuk Colmar Tropicale |
![]() |
Pintu masuk Colmar Tropicale |
![]() |
Japanese Village |
![]() |
Japanese Village |
![]() |
Di hadapan kawasan rumah di Japanese Village Berjaya Hills |
![]() |
Japanese Village Berjaya Hills |
![]() |
Suasana pagi di Colmar Tropicale |
![]() |
Suasana petang daripada balkoni apartment |
![]() |
Suasana malam jam 9 malam |
![]() |
Masa ni nak balik dah... ambil gambar daripada tempat parking kereta |
![]() |
Beli makanan siap spaghetti |
![]() |
pintu masuk Colmar Tropicale Berjaya Hills |
0 comments