• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram


Assalamualaikum w.b.t

Pengembaraan pendek kali ini ke Colmar Tropicale Berjaya Hills bersama keluarga.  Sebenarnya percuti ini kami pergi semasa cuti pendek bulan Julai tahun 2024 lepas.

Peringkat awal saya merancang nak pergi ke Cameron Highlands tetapi saya cuba search penginapan. Eh! Tak sangka penginapan di Colmar membuat promosi 50 %.  Apa lagi ambil peluang la kan… akhirnya saya dapat book apartment 2 bilik bersama dapur juga ruang tamu yang besar. Tingkat 2 … cantik sangat ! Dalam kawasan Colmar Tropicale.  Satu lagi percuma untuk 3 orang breakfast. Penginapan selama 3 hari 2 malam sebanyak RM 940.  Bagi saya macam menikmati suasana di kawasan kampung di Paris … berbaloi la harga macam tu.. sejuk tau pagi-pagi.. 

Untuk makan tengahari pula saya dan keluarga makan di kawasan Kampung Ketari nama restoran tu ‘Ina’s Patin’ … sedap sangat da berbaloi harganya ! Dalam 20 km memandu dari Bukit Tinggi. Boleh google ikut “Ina’s Patin”. Dapat la makan ikan patin asli dari Kampung Ketari. Memang berpeluh la makan tapi berbaloi dengan kesedapan menjilat jari … 🤭😅

Sudah selesai, kami singgah solat Zohor di Masjid Daerah Tengku Sulaiman, Bentong sambil menikmati view kampung di sini.  Saya cuba google tentang sejarah perkampungan ini.  Menarik untuk kita tahu .. orang zaman dahulu membuka kampung hanya berbekalkan cangkul dan parang. Mengambil masa berbulan-bulan untuk menjadikan kawasan tempat tinggal baru mereka… kemudian membina rumah secara gotong-royong.  Anak-anak saya mendengar cerita kami dengan pelik… tapi teruja dengan pelbagai persoalan.

Suami saya kongsikan tentang sebuah buku yang bertajuk “Jungle of Hope” karya Keris Mas. Keris Mas merupakan seorang Sasterawan Negara yang berasal dan dilahirkan di Kampung ini yang diberi nama Kampung Ketari

Kami tak balik ke hotel tetapi meronda ke kawasan sekitar Bukit Tinggi.  Al konon nak naik kuda …tutup la pulak… jurulatih balik kampung kot !! Kemudian. Saya singgah di Rabbit Farm … kali terakhir Lana datang semasa usianya 2 tahun.. Umar pun tak ada lagi masa tu.

Lana kata dia tak ingat apa-apa 🤣. Masa tu saya tak ikut kerana saya ada tugasan di luar kawasan tetapi suami saya membawa keluarga belah saya berjalan ke Bukit Tinggi.  Masa itu Arwah Bapa saya pun ikut sekali… melayan cucu nya di Rabbit Faram.  Menariknya di sini bukan sahaja ada rabbit tau tetapi ada kambing, ada ayam 😅. Jinak pula tu ! 





Koleksi Sitikb
Berada di balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Berada di balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Di hadapan pintu masuk Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Pintu masuk Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Japanese Village 

Koleksi Sitikb
Japanese Village 

Koleksi Sitikb
Di hadapan kawasan rumah di Japanese Village Berjaya Hills 

Koleksi Sitikb
Japanese Village Berjaya Hills

Koleksi Sitikb
Suasana pagi di Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Suasana petang daripada balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Suasana malam jam 9 malam

Koleksi Sitikb
Masa ni nak balik dah... ambil gambar daripada tempat parking kereta

Koleksi Sitikb
Beli makanan siap spaghetti

Koleksi Sitikb
pintu masuk Colmar Tropicale Berjaya Hills

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kembara bermula pada hari ini.

Memang sudah lama berhajat nak bermalam di sini.  Sebuah ladang yang sangat luas sambil mengusahakan sewa kotej.  Hanya ada 3 kotej dibina untuk para tetamu bermalam.  Kotej-kotej itu dibina bersebelahan dengan kandang kuda.

Kanada memang terkenal dengan ladang-ladang yang sangat luas.  Mereka menghasilkan jerami kuda.  Menanam rumput untuk dijadikan makanan kuda.

Apa yang paling menyeronokkan, kami dapat bermalam kotej yang berkongsi dinding dengan kandang kuda.  Bila waktu malam, saya boleh dengar hentakan kaki-kaki kuda yang berusaha untuk tidur.  Disini baru saya tahu, kuda mengambil masa 2 jam untuk tidur dengan lena.  Dan, kuda hanya betul-betul tidur selama 2 hingga 3 jam sehari.  Mereka sangat mudah terjaga terutama bila nampak waktu siang.  Sejenis binatang yang sangat peka pada bunyi.


Lana bukan main seronok lagi bermain dengan kuda yang bernama Midnight.  Dari mula datang ke kotej hinggalah nak pulang, Lana tidak puas lagi bermain dengan kuda.  Nampaknya kena dating lagi la yeee..

Bercerita pasal kotej pula, walaupun kami bermalam bersebelahan betul-betul sebelah kandang kuda.  Tetapi, kotej itu sangat selesa dan bersih.  Ada dapur yang boleh digunakan untuk memasak.  Saya sempat memasak nasi goreng gaya Melayu.  Cewahhh

Ruang menonton televisyen juga sangat selesa.  Mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air.  Di sini ada juga

Pemiliknya yang bernama Maureen dan suaminya Kevin mengusahakan ladang ini tanpa pekerja.  Terletak di Prince George, British Columbia.  Utara BC. Seorang yang sangat peramah dan sangat membantu.  Ladang seluas lebih 3000 ekar buatkan kita jadi terpana.  Kami sempat dibawa oleh Maureen pusing keliling ladang menaiki buggy.  Sukanya beliau, kerana dia tidak menyangka ladangnya sudah dikenali seluruh dunia.

Boleh lihat pada link 👉 https://www.woodhouseranch.ca

Boleh juga search pada link banner di sebelah post ini ye...

Jom lihat gambar-gambar kami sepanjang berada di sana...


Bahagian depan kotej


Pemandangan di waktu pagi jam 5 pagi.


Bahagian belakang kotej


kami bersama Maureen, pemilik ladang

kawasan yang ditanam rumput untuk menghasilkan jerami kuda



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Entri kali ini saya tulis khas buat Pillsbury House.

Entah kenapa saya suka dengan rumah ini.  Sekiranya lihat dari luaran ia memang nampak lama tetapi ada ciri-ciri yang dramatis di situ.

pintu hadapan Pillsbury House

Pandangan sisi tepi

Pillsbury House ini merupakan residen pertama di Prince Rupert di bina pada tahun 1908. Ia di bina oleh J.H. Pillsbury seorang jurutera pembangunan terkenal di bandar ini.  Kini, ia telah dijadikan salah satu tempat pelancongan.  Saya bersyukur kerana saya berpeluang bermalam di rumah ini merasai berada pada zaman awal 1900.  Pillsbury House kini di jaga oleh Puan Colleen McGillicuddy McLaren.  Anda juga boleh bermalam di sini.  Ia telah berdaftar dengan carian google di internet.

Pillsbury House terdapat beberapa bilik tidur tetapi hanya 4 bilik sahaja yang boleh di sewa untuk pengunjung.  Dapur tidak boleh digunakan.  Bilik air berkongsi antara pengunjung.







Pada mulanya saya fikir hanya bermalam sahaja di sini, rupa-rupanya Puan Collen ada menyediakan beberapa aktiviti semasa sarapan.  Sarapan di masak oleh beliau mengikut citarasa inggeris. Jangan risau beliau tidak akan menyediakan makanan yang kita tidak boleh makan.  Selepas beliau menyiapkan hidangan di atas meja dengan susunatur cara inggeris, beliau akan bercerita tentang beberapa kisah.  Kemudian, beliau akan menyanyikan 3 buah lagu dalam bahasa Perancis.  Saya sungguh tertarik dengan cara beliau melayan pengunjung-pengunjung yang menginap di rumah ini.   Saya juga sangat terkejut bila diberitahu usianya sudah 75 tahun.  Namun masih gagah untuk terus bekerja.  Saya doakan semoga beliau terus maju dalam industri ini.

Jom kita lihat kawasan sekeliling dan suasana bilik di Pillsbury House.







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuti Pendek Ke Colmar Tropicale Berjaya Hills
      • Sambut Tahun Baru 2025 Di Cameron Highlands
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates