Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari ke 5)
Masuk hari ke - 5 pengembaraan kami...
Masih lagi di Quality Hotel. Hari ini saya sekeluarga akan memulakan perjalanan pulang ke rumah di Kitimat. Insyaalah kami bermalam di Smithers pada malam ini.
Selepas check out di Quality Hotel jam 11 pagi, kami menuju ke Prince George... Kali ini tentatif kami ialah melawat University of Northern British Columbia (UNBC), Lheidli T'enneh Memorial Park.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke UNBC. Kenapa saya hendak ke sini? Saya seorang bekas pensyarah jadi saya suka melihat kawasan pusat pengajian tinggi. Sekurang-kurangnya ia memberi semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Kami kurang bernasib baik untuk berjalan kaki mengelilingi kawasan universiti memandangkan salji sedang turun dengan lebat. Hanya dapat mengambil gambar dari dalam kereta. Itu pun tidak berapa jelas. Setelah habis membuat beberapa kali pusingan di dalam kawasan university. Kami meneruskan ke tempat yang ingin kami lawati seterusnya. Dari UNBC ke Lheidli T'nneh Memorial Park mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Pintu masuk UNBC |
Sesampai sahaja kami di Lheidli T'enneh Memorial Park. Anak-anak bukan main seronok lagi… pemandangannya cukup mengasyikkan. Jom cuci mata…sekitar memorial park.
Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kitimat.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami mengisi perut di Restoran Jepun sekitar bandar Prince George. Lapar sangat dah, bila musim sejuk perut cepat sangat berbunyi.
Dah lapar macam-macam gaya dibuatnya. |
Namanya mee bersama udang 😆
|
Kami meneruskan perjalanan ke Smithers selepas makan tengahari.
Saya sempat berhenti di sebuah tasik yang sangat luas dan pekan kecil itu bernama Fraser Lake.
muzium di bandar Fraser Lake
|
0 comments