Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari ke 6)
Kami sampai di Smithers pada jam 6 petang selepas memandu selama 4 jam 30 minit sejauh 371 km.
Kami bermalam di salah sebuah hotel bertaraf 3 bintang Sandman Inn. Satu malam CAD 130. Saya suka kerana ia berdekatan dengan bandar Smithers dan bersebelahan dengan Tim Horton's Restoran. Senang nak pergi sarapan pagi esok.
Pada sebelah malam kami makan di Mc Donald yang berdekatan. Hanya 10 minit berjalan kaki. Kami makan Fish & Chip. Itu sahaja yang ada pilihan untuk malam ini. Alhamdullilah.
Pulang daripada makan malam. Saya ternampak 3 ekor rusa berlarian di sekitar bangunan di tepi jalan. Waktu makan malam… suami saya kata. Namun, saya tidak mengambil gambar dengan jelas kerana suasana yang samar-samar. Anak-anak bukan main terlompat-lompat..Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke hotel kerana angin bertiup sudah dirasakan sehingga ke tulang.
Esok… Insyaallah akan meneruskan perjalanan ke Kitimat.
Bangun Pagi untuk hari ke 6 pengembaraan kami...
Sebelum bertolak keluar daripada Smithers. Saya mengajak suami meronda keliling kampung di Smithers. Antara tempat yang kami pergi Perpustakaan Smithers dan Northern Lights Smithers.
Untuk entri kali ini memang saya kata cuci mata sahaja kerana saya terpegun dengan keindahan bandar Smithers dan juga kampung mereka.
Alhamdullilah kami sampai di Kitimat pada jam 5 petang.
Kami sempat berhenti di Moricetown untuk isi minyak. Saya kongsikan gambar di sini.
Sungai yang membeku |
Jumpa lagi di travelog saya yang seterusnya.
0 comments