Ronda-ronda di Kitimat, Kanada Spring 2019
Assalamualaikum w.b.t
Baru seminggu kami di sini melalui fasa bermulanya musim bunga yang di kenali spring.
Petang semalam… saya bersama anak lelaki Umar mengambil kesempatan dengan cuaca yang cantik untuk keluar berjogging sambil melihat kampung orang. Kampung Mat Saleh.😀 Kami menyelusuri belakang rumah orang-orang kampung (backyard). Kelihatan cantik dan luas. Kebanyakan budaya Mat Saleh akan mencantikkan ruang belakang rumah mereka, siap dengan tempat untuk buat 'steak party'.
Suhu sekitar 10 degree Bersama tiupan angin membuatkan kami tidak boleh berhenti lama. Maknanya kena terus berlari. Kalau tidak lutut saya menggeletar. Umar kelihatan steady je… Dia yang lebih bersemangat untuk mengambil gambar pada setiap posisi rumah-rumah di sekitar kampung. Kelihatan bunga-bunga sedang berkembang. Sekejap-sekejap Umar minta saya berhenti untuk posing mengikut arahan dia. Saya layankan sahaja…
Jiran saya Carol kata suhu benar-benar selesa sekitar pertengahan Mei sehingga hujung September. Bolehlah kalau nak mulakan berkebun katanya. HIhihi..
Berbalik cerita ronda-ronda keliling kampung Mat Saleh, kampung ini memang sunyi kerana tidak ramai penduduk. Saya tidak menafikan saya suka suasana di sini yang sangat nyaman…
Berehat sambil posing 😇 |
Pokok bunga depan pintu rumah..
|
Hampir 2 kilometer kami berlari anak. Saya mengajak Umar untuk balik ke rumah sambil mengambil gambar di sudut jalan raya yang lain.
Sampai di sini sahaja… kita sambung di lain entri..😊
0 comments