Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari - 1)
Assalamualaikum w.b.t
Pada 23 Mac 2019, kami telah bertolak dari Kitimat, British Columbia. Insyaallah kali ini kami sekeluarga akan bermusafir selama 6 hari menjejaki sejarah penemuan bandar-bandar atau pekan-pekan kecil. Destinasi terakhir kami ialah di Barkerville merupakan sebuah pekan yang dikatakan bermula kerana penemuan emas.
Mungkin ada yang ingin melihat video boleh ke channel youtube siti khairulbariah. 😊
Pengembaraan ini boleh saya katakan sangat menarik kerana saya dan suami telah bersepakat untuk memandu sejauh 1600 km (pergi-balik). Tapi sebenarnya, masyarakat Mat Saleh di sini biasa sahaja memandu sejauh itu. Mungkin salah satu negara Malaysia itu sendiri kecil jadi kita sudah rasa ia terlalu besar kan. Pengembaraan ini juga salah satu cadangan daripada kawan sepejabat suami Mr Dywen. Thanks Dywen!
Pagi 23 Mac 2019 jam 9.30 pagi kami bergerak dari Kitimat ke Smithers berhenti untuk makan tengahari. Perjalanan hampir 3 jam merasakan terlalu jauh. Namun dalam perjalanan itu kami dihidangkan dengan pelbagai keindahan ciptaan Allah Taala, kiri-kanan saya terdampar gunung-ganang yang masih diselaputi salji, kawasan ladang-ladang ternakan yang masih ada salji. Saya pastikan mata saya tidak mengantuk untuk menikmati keindahan ini. Mata ini seperti melihat 'wall paper' yang sangat besar. Jika selama ini saya melihat di skrin computer tetapi kali ini ia berada di hadapan mata sendiri. Subhanallah. Saya dan suami berkali-kali memuji pemandangan ini. Suami juga mengatakan dia tidak bosan memandu dari Kitimat ke Smithers.
R&R Glasier View |
penuh dengan bekalan makanan |
Pemandangan di kawasan R&R |
Tanda sudah sampai di Smithers
|
Kami berhenti di satu kawasan R&R di kenali sebagai Glasier View daerah Smithers. Suhu yang agak ok membuatkan anak-anak juga kelihatan gembira untuk menikmati hidangan di puncak gunung ini. Saya telah menyiapkan bekalan nasi lemak bersama rendang untuk hidangan makan tengahari. Tidak ada yang lebih mengembirakan seorang ibu apabila makanan yang dimasak habis di makan. Alhamdullilah.
Kami meneruskan perjalanan ke Prince George yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke sana. Prince George merupakan sebuah bandar yang mempunyai populasi lebih 70 ribu penduduk. Berkali-kali ganda beza populasi dengan Kitimat. Prince George juga boleh dikatakan bandar yang paling besar di utara British Columbia, Kanada. Jadi bayangkan lah jauhnya nak sampai ke satu-satu bandar kan. Di sini juga saya berpeluang bersolat zohor di Masjid Prince George. Satu-satunya masjid di utara Kanada. Rindu sangat dengan suasana masjid. Saya berpeluang berjumpa dengan salah seorang komuniti muslimah di sini bernama Lubna berketurunan Pakistan. Beliau sudah menjadi penduduk tetap Canada selama hampir 20 tahun. Saya sempat bertanya tentang sejarah pembinaan masjid ini. Beliau bercerita, pada peringkat awal mereka menumpang sebuah kawasan bawah tanah (basement) kepunyaan gereja di sini untuk bersolat jumaat. Hampir 2 tahun keadaan itu berlaku. Sampailah mereka mendapat tanah dan kawasan untuk membina masjid di sini. Juga pertolongan bersama pihak gereja. Saya mendengar dengan penuh keinsafan, ikhlasnya mereka dalam menjalin hubungan sesame masyarakat. Moga keukhwahfakatan ini kekal terjalin dengan indah. Subhanallah. Kemudian, saya meminta diri untuk meneruskan perjalanan.
bermalam di sini pada hari pertama |
Dinner. Sedap tak?😋 |
berada di mercu Burns Lake |
berhenti di salah satu R&R
dikenali Seeley Lake Provincial Park
|
Pada malam pertama, kami bermalam di salah subuah hotel berbintang tiga, hotel murah la. Saya boleh katakan ia berpatutan. Harga untuk satu malam CAD 113 katil double single 2, ada microwave, dapur dan peti sejuk. Ala-ala homestay pun ada. besar. TV pun ada. Kalau di Vancouver pasti tak dapat harga macam ini. Dan, pada malam itu… saya memasak nasi serta hidangan lauk rendang yang masih ada lagi tersimpan dari tengahari tadi. Jimat untuk perbelanjaan makan untuk makan pada hari pertama. Yang penting, anak-anak boleh berehat dan saya boleh upload gambar di laptop.😄
Ok! Habis cerita untuk Hari ke 1. Selamat malam!
Saya akan sambung pada entri seterusnya bagi pengembaraan kami kali ini.😇
#musafirkelanadibumikanada
0 comments