Cerita tentang Barkerville Historic Town, British Columbia, Kanada

by - Tuesday, April 09, 2019

Bercerita tentang pengembaraan ke Barkerville

Kami tiba di Barkerville pada jam 11 pagi, setibanya kami di situ.  Subhanallah, salji sudah hampir menutupi pintu untuk masuk bagi pendaftaran ke kawasan Barkerville.  Suasana yang sunyi, di sekeliling kawasan Barkerville menyebabkan saya menyangka mungkin kami orang pertama yang sampai ke situ.  Rupanya kami silap.  Barkerville di tutup untuk sebarang 'show house' kerana salji yang tebal.  Anak-anak sudah mula merasa sedih, tidak lupa saya juga merasakannya.  Alhamdullilah, rupa-rupanya kami boleh masuk secara percuma untuk melihat kawasan Barkerville Historic Town ini tetapi setiap rumah di dalam itu tidak dapat masuk kerana tiada persembahan.

Barkerville sebenarnya telah wujud pada tahun 1862 terletak di Gunung Cariboo.  Ia telah diberi nama oleh Billy Barker daripada Cambridgeshire, England selepas beliau berjumpa dengan lubuk emas di situ.  Beliau merupakan orang terkaya di situ.

Kepada sesiapa berminat boleh layari web site Barkerville.  Di sebabkan emas, Barkerville telah mencapai populasi sehingga 5,000 ribu penduduk yang mana 3,000 orang adalah terdiri daripada bangsa Cina.  Penduduk berbangsa Cina merupakan penduduk yang bertanggungjawab menaikkan ekonomi di Barkerville.  Mereka menjual barang-barang runcit, kain, dan pelbagai lagi barang-barang keperluan hidup seharian.  Di sini saya melihat dari sudut, kehebatan bangsa Cina memang sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai seorang pedagang dan penjual.  Mereka sanggup merantau begitu jauh daripada tanah asal mereka.  Tidak pelik bangsa Cina berada di mana-mana negara di pelusuk dunia.

Pada 16 September 1868, Barkerville telah musnah terbakar berpunca daripada bangunan kayu yang kebanyakannya di bina daripada kayu.  Namun, tidak sampai 6 minggu Barkerville telah di bina semula.  Di tambah dengan pembinaan sekolah iaitu Barkerville School.  Permulaan terdapat 30 orang pelajar.  Di sini juga terdapat sekolah cina.  Pada tahun 1930-an,  Barkerville seperti mengalami penguncupan ekonomi kerana terdapat ramai penduduk tiada pekerjaan di atas kejatuhan harga emas.

Pada tahun 1957, kerajaan British Columbia telah menaik taraf Barkerville sebagai tempat pusat pelancongan.  Barkerville di perkemaskan lagi seni bangunan tetapi tetap mengekalkan seni bangunan pada zaman mula-mula ia di tubuhkan.

Di sini juga terdapat tempat penginapan untuk bermalam tetapi hanya di buka untuk musim panas sahaja.

Begitulah serba sedikit tentang lawatan sambal belajar hari ini.😇

Jom kita lihat gambar…

Seperti berada dalam set pengambaran zaman koboi.





































Pintu masuk Barkerville Historic Town



Semoga info ini sangat berguna.  Mungkin ada yang hendak pergi musim panas lebih cantik pemandangan di sini.





You May Also Like

0 comments