• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Entri kali ini saya tulis khas buat Pillsbury House.

Entah kenapa saya suka dengan rumah ini.  Sekiranya lihat dari luaran ia memang nampak lama tetapi ada ciri-ciri yang dramatis di situ.

pintu hadapan Pillsbury House

Pandangan sisi tepi

Pillsbury House ini merupakan residen pertama di Prince Rupert di bina pada tahun 1908. Ia di bina oleh J.H. Pillsbury seorang jurutera pembangunan terkenal di bandar ini.  Kini, ia telah dijadikan salah satu tempat pelancongan.  Saya bersyukur kerana saya berpeluang bermalam di rumah ini merasai berada pada zaman awal 1900.  Pillsbury House kini di jaga oleh Puan Colleen McGillicuddy McLaren.  Anda juga boleh bermalam di sini.  Ia telah berdaftar dengan carian google di internet.

Pillsbury House terdapat beberapa bilik tidur tetapi hanya 4 bilik sahaja yang boleh di sewa untuk pengunjung.  Dapur tidak boleh digunakan.  Bilik air berkongsi antara pengunjung.







Pada mulanya saya fikir hanya bermalam sahaja di sini, rupa-rupanya Puan Collen ada menyediakan beberapa aktiviti semasa sarapan.  Sarapan di masak oleh beliau mengikut citarasa inggeris. Jangan risau beliau tidak akan menyediakan makanan yang kita tidak boleh makan.  Selepas beliau menyiapkan hidangan di atas meja dengan susunatur cara inggeris, beliau akan bercerita tentang beberapa kisah.  Kemudian, beliau akan menyanyikan 3 buah lagu dalam bahasa Perancis.  Saya sungguh tertarik dengan cara beliau melayan pengunjung-pengunjung yang menginap di rumah ini.   Saya juga sangat terkejut bila diberitahu usianya sudah 75 tahun.  Namun masih gagah untuk terus bekerja.  Saya doakan semoga beliau terus maju dalam industri ini.

Jom kita lihat kawasan sekeliling dan suasana bilik di Pillsbury House.







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sambungan dari hari pertama…

Kami bangun pagi dan bersarapan di Pillsbury House...

Sarapan di sediakan oleh penjaga rumah tumpangan iaitu Colleen McGillicuddy McLaren.  Beliau menyediakan sarapan yang sangat enak mengikut cara English.

Sarapan pagi di Pillsbury


Selepas selesai, kami bersiap dan check-out.

Kali ini, sekali lagi saya ke muzium dengan harapan ia buka.  Hampa… Rupa-rupanya mereka sambut Hari Easter secara besar-besaran.  Nampaknya kami tiada rezeki kali ini.  Sebenarnya ada 6 muzium di sekitar Prince Rupert tetapi semua tutup sempena sambutan Hari Easter. Umar mengajak saya berjalan di kawasan bot.  Kebetulan ia buka… alhamdullilah dapatlah kami melihat bot-bot mewah milik penduduk setempat.  Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri.








Habis berjalan sekitar bot-bot mewah, kami menuju ke sebuah Galeri  Terdapat pelbagai hasil kraf tangan penduduk tempatan.







Lebih kurang 3 jam berjalan di sekitar pelabuhan, kami mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraan kali ini dan pulang ke Kitimat.  Insyaallah sekiranya umur panjang kami akan datang lagi pada Summer untuk melihat pertunjukan ikan paus.

Bye.. jumpa lagi..😀
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum w.b.t

Kembara kali ini tidak lama hanya 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun hanya 2 hari tetapi ia cukup memberi makna dan kenangan manis buat kami sekeluarga.  Saya mengambil kesempatan untuk meneroka daerah yang belum kami teroka iaitu Prince Rupert, British Columbia, Kanada sempena Hari Easter.  Prince Rupert dikenali sebagai Bandar Pelangi atau 'Rainbow City' oleh masyarakat tempatan.  Ia merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di utara negeri British Columbia.  Prince Rupert mempunyai populasi lebih daripada 12 ribu penduduk dan merupakan bandar yang telah di bina lebih daripada 100 tahun.

Kami bertolak dari Kitimat pada jam 10.30 pagi.  Perjalanan insyaallah akan mengambil masa dalam 2 jam 40 minit.  Kami berhenti di Terrace untuk mengisi minyak kereta.  Kami meneruskan perjalanan ke Prince Rupert.  Jauh Kitimat ke Terrace sejauh 60km.

Tanda sudah sampai Terrace


Saya sungguh tidak sangka rupa-rupanya pemandangan dari Terrace ke Prince Rupert sungguh cantik.  Kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar pada setiap sudut.  Sepanjang perjalanan ini di sebelah kiri merupakan Sungai Skeena-Kitimat yang mana sungai ini bermula dari Kitimat dan airnya akan menuju ke laut.  Sungai yang mengalir tenang berlatar belakang gunung yang di litupi salji di puncaknya membuatkan mata saya tidak puas memandangnya.  Kelihatan seperti sebuah 'wallpaper' yang dihadapan skrin komputer.  Beberapa kali saya minta suami berhenti di kawasan rehat untuk mengambil gambar sehinggakan anak-anak sudah mula merungut.  

"Bila nak sampai sekiranya asyik berhenti sahaja?",  Lana dengan rungutannya.

"Nak buat macamana,  Mama kan nak menulis dalam blog dia?", suami saya menyambung pula.

Walaubagaimanapun, anak-anak saya faham walaupun ada sesekali terdengar bunyi rungutan.  Saya yakin satu hari nanti tulisan saya amat berharga untuk mereka kenang.

Kami tiba di Prince Rupert pada jam 1.30 tengahari. 


Dalam bangunan Visitor Centre

Pondok telefon berusia lebih 100 tahun.  Masih berfungsi dengan baik.

Di hadapan bangunan  Prince Rupert Adventure Tour

Restoran Dolly


Di hadapan pintu masuk Gallery Gift




Di tepi bangunan muzium


Di hadapan muzium


Di hadapan bangunan Visitor Centre


Mata saya terus tertumpu pada barisan bangunan-bangunan serta kawasan perumahan yang berada di kawasan tanah tinggi di bandar ini.  Hati saya sendiri berkata keadaan bandar ini seperti saya berada di dunia ala-ala koboi.  Ia sangat mengimbau nostalgia.  Bukan zaman P.Ramlee tapi zaman koboi.  Semasa kecil saya suka lihat filem-filem yang berunsur koboi.  Tidak sangka pula, pada usia begini saya akan sampai di bandar koboi. 😍

Kami terus menuju ke Pillsbury House sebuah rumah tumpangan untuk check-in.  Selepas selesai urusan meletakkan beg di bilik.  Kami bersepakat untuk berjalan kaki menghayati udara dan pemandangan laut Prince Rupert.

Perut sudah mula berbunyi tanda minta di isi.  Sebelum meneruskan ke tempat-tempat yang ingin lawati.  Saya mengajak suami ke 'Visitor Centre' di mana ia merupakan tempat untuk kita rujuk sebagai pelawat.  Ingin saya nyatakan di sini setiap daerah yang kita lawati di Kanada pasti ada 'Visitor Centre' jadi jangan risau untuk jadi seorang pelancong di sini. 

Kami memilih untuk mencuba makanan laut di sebuah restoran bernama Dolly Restoran.  Saya sempat berbual dengan pemilik restoran yang berbangsa Cina.  Beliau sudah berhijrah ke Prince Rupert selama 40 tahun. Hebat kan!  Makanan juga sangat enak dan semua sangat segar.

Selepas selesai makan tengahari kami berjalan kaki melawat kawasan kedai-kedai yang berhampiran.  Saya tidak sangka juga di sini terdapat Restoran Jepun.  Terdapat pelbagai kedai cenderahati yang menjual barangan kraftangan penduduk tempatan.

Memandangkan hari ini merupakan hari Easter, kebanyakan muzium tutup.  Insyaallah lain kali kami datang lagi esok. Anak-anak sudah mula meminta mengajak balik ke rumah tumpangan untuk berehat.  Beginilah kalua berjalan dengan kanak-kanak, saya perlu merancang setiap perjalanan supaya mereka tidak rasa bosan.

Alhamdullilah, kami sampai di bilik pada jam 5 petang.  Memandangkan belum lagi masuk waktu solat Asar, saya menyuruh anak-anak solat jamak taqdim. Saya katakan kepada mereka kita akan keluar semula pada malam ini untuk makan malam tetapi tidak lagi di restoran hebat.  Kita makan di McDonald menu French fries. 😇

Insyaallah, saya akan menulis entri khas berkenaan keistimewaan Rumah Tumpangan Pillsbury 

Byeeee



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum w.b.t

Baru seminggu kami di sini melalui fasa bermulanya musim bunga yang di kenali spring.

Petang semalam… saya bersama anak lelaki Umar mengambil kesempatan dengan cuaca yang cantik untuk keluar berjogging sambil melihat kampung orang.  Kampung Mat Saleh.😀 Kami menyelusuri belakang rumah orang-orang kampung (backyard).  Kelihatan cantik dan luas.  Kebanyakan budaya Mat Saleh akan mencantikkan ruang belakang rumah mereka, siap dengan tempat untuk buat 'steak party'.

Suhu sekitar 10 degree Bersama tiupan angin membuatkan kami tidak boleh berhenti lama.  Maknanya kena terus berlari.  Kalau tidak lutut saya menggeletar.  Umar kelihatan steady je… Dia yang lebih bersemangat untuk mengambil gambar pada setiap posisi rumah-rumah di sekitar kampung.  Kelihatan bunga-bunga sedang berkembang.  Sekejap-sekejap Umar minta saya berhenti untuk posing mengikut arahan dia.  Saya layankan sahaja…

Jiran saya Carol kata suhu benar-benar selesa sekitar pertengahan Mei sehingga hujung September.  Bolehlah kalau nak mulakan berkebun katanya. HIhihi..

Berbalik cerita ronda-ronda keliling kampung Mat Saleh, kampung ini memang sunyi kerana tidak ramai penduduk.  Saya tidak menafikan saya suka suasana di sini yang sangat nyaman…










Berehat sambil posing 😇


Pokok bunga depan pintu rumah..






Hampir 2 kilometer kami berlari anak.  Saya mengajak Umar untuk balik ke rumah sambil mengambil gambar di sudut jalan raya yang lain.

Sampai di sini sahaja… kita sambung di lain entri..😊
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ▼  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (11)
      • Review Pillsbury House di Prince Rupert, British C...
      • Kembara ke Prince Rupert, British Columbia, Kanada...
      • Kembara ke Prince Rupert, British Columbia, Kanada...
      • Ronda-ronda di Kitimat, Kanada Spring 2019
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
      • Cerita tentang Barkerville Historic Town, British ...
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
      • Kembara British Columbia, Kanada Spring 2019 (Hari...
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates