• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Kembara kali ini sebenarnya tidak dirancang secara terperinci.

Walaupun sudah lama ingin ke Stewart tetapi anak-anak seperti tidak minat untuk ke sana.  Memandangkan baru-baru ini ada berita tentang 2 pembunuh berkeliaran sekitar laluan Smithers ke Stewart terus ke Dease Lake.  Ye, memang tidak jauh dari rumah kami...  Alhamdullilah... mereka sudah dilaporkan ditangkap oleh pihak polis.

Kali ini, saya berjaya memujuk anak-anak untuk pergi ke Stewart memandangkan hari Isnin cuti sempena 'Remembrance Day'.  Di tambah lagi, jiran kami baru sahaja pulang bercuti dari Stewart.

Stewart terletak di kawasan utara negeri British Columbia, Kanada  Ia terletak sempadan dengan Hyder, Alaska, US.  Penduduk di Stewart sekitar 500 orang.  Sumber ekonomi di sini ialah balak dan emas.  Mengikut sejarah Stewart pernah mempunyai penduduk seramai 10,000 orang. Namun, selepas Perang Dunia Pertama penduduk semakin menurun.  Kebanyakannya telah berhijrah ke bandar lain.  Kerana itu, Stewart dikenali sebagai 'Ghost City'

Saya dan suami terus merancang dan menempah hotel sekitar Stewart.  Saya memilih hotel yang menyediakan kelengkapan dapur (family suite).  Alhamdullilah,  adaaaa.... akhirnya Hotel Bay View menjadi pilihan.   Saya berpuas hati kerana bilik ada 2 dan dapur yang selesa... siap ada tempat memasak, sabun basuh pinggan, periuk serta pinggan-mangkuk. Satu malam 114 dolar untuk 2 bilik dan dapur yang privasi (tidak berkongsi).

Hari Pertama 

Singgah di Bear Glacier.  Ia terletak dalam perjalanan ke Stewart.  Glacier ini terletak di kawasan tinggi.  Stewart terletak di kawasan pelabuhan. Maka, sesiapa yang hendak ke bandar Stewart wajib lalu dan wajib singgah di sini.  Rugi sekiranya tidak mengabadikan gambar di sini.

Ketika kami tiba di Bear Glacier... Kebetulan salji sedang turun dengan lebat.  Ambil gambar pun pakai selimut.  Kesejukan weiii 😅

Habis posing di Bear Glacier tak sampai 10 minit.  Angin yang bertiup dengan kuat menyebabkan segala pergerakan kena pantas.

Kami meneruskan perjalanan terus ke bandar Stewart.  Hanya 30 minit sudah sampai di hadapan hotel penginapan kami... Hotel Bay View.  Wah, ini memang pekan berhantu ni...tak nampak orang langsung.  Sunyi… senyap...

Satu perkara yang agak aneh di sini… hotel tiada siapa yang tunggu. (tiada kaunter pertanyaan).  Bila sudah sampai… suami kena menghubungi pemilik hotel.  Hotel Bay View di miliki oleh orang yang berasal dari Austria.  Sudah lebih 30 tahun tinggal di Stewart.

Sementara menunggu pemilik Hotel Bay View datang, saya pergi berjalan di sekitar bandar comel ini.  Saya masuk ke Perpustakaan Stewart.  Dalam hati… tak sangka sekecil bandar ini masih ada sebuah perpustakaan yang lengkap dan cantik.  Saya disapa dari belakang...

"Excuse me?  Are you from Malaysia?"

Eh... tak sangka pula ada yang dapat mengagak saya dari mana...

"How do you know?"

"I see you wear something on your head.  I'm sorry...I don't know... what you call it?"

"Hijab...  Are you Canadian? "

"I'm from Philipines. My name Maria.  I live here since 25 years ago"

Lamanya dah.... saya berkata dalam hati.  Macamana boleh hidup ditempat sunyi macam ni  Sebenarnya sejak mula sampai saya sangat pelik dengan masyarakat sini boleh bertahan tinggal di kawasan begini.


"oooo I see...by the way. My name Siti.  Nice to meet you",  sambil bersalaman saya mula memperkenalkan diri.

Saya minta diri kepada Maria kerana pemilik hotel sudah datang untuk membuka bilik yang kami tempah.  Tak sangka cantik rupanya suasana di dalam hotel ini.

Jom… kita cuci mata melihat gambar pada hari pertama kami sampai….


Bear Glacier

Lorong-Lorong di Stewart


Tangga untuk naik ke bilik Hotel Bay View

Antara perhiasan yang terdapat dalam Hotel Bay View

Bear Glacier

Di hadapan Perpustakaan Stewart

berjalan sekitar bandar Stewart





Di hadapan Hotel Bay View





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari kedua di Vancouver, British Columbia, Kanada.  Sebuah jajahan British dahulunya.

Sebelum kejadian tragedi 11 September, kita rakyat Malaysia boleh masuk ke Kanada tanpa visa tetapi selepas kejadian itu peraturannya sudah berubah.  Visa diwajibkan  seperti juga kalau kita melawat ke US. Bayaran untuk visa CAD 160 dolar.

Saya sempat meronda sekitar taman tasik dikenali sebagai Minoru Park di Richmond. Taman yang sangat terpelihara kebersihannya.

Boleh lihat binatang-binatang comel seperti arnab, tupai, itik merata-rata.  Mereka hidup berkeliaran disekitar taman ini.  Tidak ada sesiapa pun yang ingin menangkap mereka.

Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali memberi makan ataupun menangkap untuk dijadikan binatang peliharaan.  Ini untuk mengelakkan mereka mati keracunan kerana makan makanan yang tidak sesuai untuk mereka. 😃

Pengunjung bebas untuk membawa anjing peliharaan berjalan-jalan.  Menariknya di Kanada, penduduk yang membawa anjing mereka di minta mengutip 💩 dan di buang di tempat yang sepatutnya.  Jadi, tidak ada masalah untuk kita sebagai pengunjung lain risau pasal 💩 anjing.  Bagus kan? 😊

Air minuman juga disediakan untuk pengunjung.

Taman rekreasi ini merupakan taman tasik yang sudah lama didirikan.  Sangat terpelihara.  Tandas yang bersih... tiada sampah sarap.

Di sebelah kawasan Minoru Park merupakan kawasan bangunan untuk riadah seperti tempat skate, kolam renang, gelanggang tenis, padang bola (tempat Umar bermain bola sepak).  Hampir kesemuanya kemudahan terpelihara dengan baik.

Banyak perkara saya belajar sambil melihat.  Tempat awam adalah kepunyaan bersama.  Peliharanya seperti barang yang kita sayang. Arahan dan peraturan perlu kita ikut kerana ia merupakan kebaikan bersama.  ðŸ˜Š

Begitulah cerita serba sedikit...

Jangan segan tekan butang share 😃.

Moga kisah ini menjadi manfaat pada pembaca lain juga 😊😊

#ceritakamidikanada

Pelihara kawasan awam, tanggungjawab bersama




Tempat minuman bersih yang disediakan untuk pengunjung







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kali ini kami sekeluarga terbang ke Vancouver.  Tapi kali ini tujuannya amat berbeza.  Bukan pergi melancong tetapi membawa harapan anak bujang seorang untuk bermain bola sepak bersama salah sebuah kelab bola sepak terkemuka di Kanada. 😃

Alhamdullilah.  Umar terpilih dari kalangan rakan-rakannya di Kitimat.  Ada beberapa orang lagi terpilih untuk bermain di Padang Bola Sepak, Richmond.  Untuk mendapat pengalaman baru bermain bersama  mat-mat saleh di daerah terkemuka di Vancouver. Bukan main seronok lagi Umar.  Tak apa lah ku turutkan hati untuk anak-anak  tersayang. 

Bila sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver.  Saya bersama suami mengambil ‘shuttle bus’ ke tempat sewa kereta.  Selesai di situ, kami terus ke Richmond untuk check-in hotel.  Hotel Sandman yang telah ditetapkan oleh pihak kelab bola sepak Whitecaps.  Kami beruntung kerana dapat bayaran ‘rate’ harga kelab bola sepak Whitecaps.  Syukur....

Selama 3 hari di Richmond, banyak pengalaman yang Umar perolehi.  Kata Coach Adam Glass... bermain dengan seronok.  Kalah dan menang adat pertandingan...






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Cuti musim panas sudah bermula...

Anak-anak sudah mula bertanya tentang percutian...

Kami memang merancang untuk bercuti ke Vancouver,  Kanada.

Sebenarnya saya dan suami sudah book hotel untuk 2 tempat.  3 hari di Victoria, 3 hari di Vancouver.  Dan, kami bercadang untuk memandu sendiri ke Vancouver.

Namun, alhamdullilah... permohonan untuk pulang bercuti ke Malaysia telah dipersetujui oleh pihak dari HQ (pejabat suami).  Maka, kami telah bertukar plan asal.

Pada pagi Sabtu jam 4 pagi, kami memandu ke Lapangan Terbang Northwest Terrace-Kitimat dan park kereta kami di situ.  Kami ambil keputusan untuk park sahaja kereta di kawasan meletak kereta di airport.  Lebih selamat.  Lagipun, perkhidmatan teksi dari rumah ke airport sudah ditamatkan.

Saya bersyukur sekurang-kurangnya kami sudah jimat belanja penerbangan ke Vancouver.  Teringin nak berjalan ke Vancouver selalu tetapi tiket flight sahaja untuk kami berempat sudah RM 2 ribu lebih.

Sampai di Vancouver Airport.  Kami terus keluar dari Airport untuk menunggu bas shuttle yang akan membawa kami ke syarikat kereta sewa.  Kami sewa dengan discountcar.com selama kami di Vancouver dan Victoria.  Urusan hampir 2 jam baru selesai di sini.  Memang ramai sangat orang masa kami sampai di situ.  Walaupun hanya untuk mengambil kunci kerana kami sudah membuat 'booking' 2 minggu lebih awal.  Selepas dapat kunci kereta, kami terus memandu KIA (6 seat) ke Vancouver Island (Victoria).

Sampai di BCFerries Port, kami beli 4 keping tiket. Harga seperti pada gambar di bawah.  Perjalanan dari Vancouver Port ke Victoria mengambil masa selama 90 minit.  Satu pengalaman yang cukup cantik dan mengagumkan.  Semasa dalam perjalanan, saya dapat melihat satu kawasan bagaimana sempadan antara air masin dan air tawar yang mana airnya tidak bergabung.  Subhanallah.😃

Sampai sahaja di Victoria, kami terus ke rumah persinggahan kami di Uptown.  Kami bermalam di Days Inn by Wyndham Victoria Uptown.  Boleh book di Airbnb.com. Harganya lebih murah berbanding Days Inn Downtown.  Lagipun tidak jauh untuk ke Downtown. Hanya mengambil masa 10 minit sahaja.  Saya berpuas hati dengan hotel ini.

Sedikit tentang Victoria.  Victoria merupakan salah satu daerah yang terletak di Vancouver Island.  Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan British Columbia, Kanada.  Banyak terdapat bangunan yang klasik dan unik di sini.

Pada hari pertama, kami hanya mencari makanan untuk di masak di hotel.  Lagipun anak-anak sudah kepenatan kerana dari jam 4 pagi di Kitimat sampai jam 5 petang baru sampai di Days Inn.  Bayangkan jauh kan perjalanan kami.

InsyaAllah saya akan ceritakan yang seterusnya di Part 2...

To be continue....

syarikat discountcar.com

Cara bayaran seperti bayaran tol


Pandangan di atas dek






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Bila sebut pasal berkelah, masyarakat kita sinonim dengan berkelah di pantai di tepi sungai.

Namun, menariknya di sini saya mengalami pengalaman baru berkelah di tepi tasik yang terletak berhampiran rumah saya.  Lebih kurang 30 minit dari rumah.

Tasik ini diberi nama Lakelse Lake.  Ia merupakan antara tasik tercantik dan mempunyai persisiran yang panjang.  Jadi, ia amat sesuai dijadikan aktiviti bersama keluarga.  Ia hanya di buka kepada awam pada musim panas.  Pada musim-musim lain ia di tutup kerana air tasik membeku dan merbahaya kepada pengguna. Betul… sebesar-besar tasik ini ketika musim sejuk, airnya akan membeku.  Hebat kan kuasa Allah!

Walaupun nampak airnya seperti panas tetapi saya hanya tahan selama 10 minit sahaja sebab sejuk nye kemain lagi..  Di sini tidak terdapat kemudahan menyewa bot, kayak atau sebagainya.  Semuanya perlu dibeli sendiri.  Bot pelampung kecil yang anak saya pakai itu saya beli dengan harga CAD 24.  Boleh lah kan.  Itu pun terkapai-kapai nak kayuh...

Lakelse Lake mengambil masa dalam 10 minit daripada Terrace, British Columbia, Kanada iaitu merupakan bandar terdekat daripada Lakelse Lake.

Sekiranya kepada sesiapa yang menggunakan kapal terbang.  Ia memang tidak jauh daripada Lapangan Terbang Terrace.😀

Jom, layan gambar…







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Salam Aidilfitri…

Alhamdullilah, kita masih dikurniakan rezeki untuk menyambut aidilfitri bersama orang tersayang..

Hari ini saya ingin kongsikan pengembaraan saya bersama keluarga ke Taman Negara Banff yang terletak dalam negeri Alberta di Kanada.  Saya mengambil kesempatan sementara sambutan aidilfitri di Calgary.  Perjalanan dari Calgary lebih kurang 1 jam 45 minit membuatkan saya fikir ia tidak berapa jauh untuk kami hanya buat 'day trip'.  Namun, bila sudah sampai ke sana terasa rugi sangat sebab tidak mengambil peluang untuk tidur satu malam sambil menikmati keindahan malam di Banff.  Apapun, saya bersyukur kerana pengembaraan ini di waktu musim panas, maka kami dapat menikmati hari siang yang lebih panjang.  Bayangkan maghrib masuk jam 10 malam.  Alhamdullilah...

Banff merupakan sebuah taman negara tertua yang dibuka sejak tahun 1885.  Berkeluasan 6,641 meter persegi yang terletak di kawasan Banjaran Rocky.  Terdapat beberapa tasik yang sangat cantik di jaga penuh rapi tanpa sebarang pembangunan yang boleh menjejas eko-sistem kehidupan haiwan liar disitu.  Saya berkesempatan berjumpa dengan 2 ekor beruang yang sedang mencari makanan di tepi lebuhraya menuju ke Banff.  Melihat beruang-beruang itu menjalani kehidupan yang aman damai, saya yakin mereka terpelihara dengan rapi.

Walaupun pengembaraan kami pada musim panas, suhu di Banff mencecah menghampiri negatif.  Suhu yang sejuk membuatkan kami lebih cepat untuk sesi bergambar walaupun kami memakai jaket panas tetapi ia tidak cukup menampung kesejukan di sini.  Kebetulan semasa kami sampai di situ, matahari agak terik , maka gambar yang diambil lebih cantik.  Alhamdullilah..









Banjaran Rocky





Lake Louise


sesekali posing berdua









Laluan jejantas beruang




Untuk sampai ke Banff sebenarnya, rakan-rakan boleh melalui laluan dari Calgary ataupun Vancouver.  Daripada situ boleh sewa kereta ataupun menaiki bas awam.  Memang ada disediakan perkhidmatan untuk sampai ke tempat pelancongan di sini.  Yang penting siapkan wang yang mencukupi.  Kami memilih untuk sewa kereta dari Calgary.  Kami sewa kereta 4 wheel jenama Jeep sehari CAD 74 dolar.  Kemudian, gunakan waze untuk sampai ke Banff.  Kaji ke mana yang hendak di tuju kerana kawasan Banff sangat luas.  Kami memilih untuk ke Banff Village dan Lake Louise.  Antara tempat yang disyorkan untuk day trip.  Perjalanan dari Banff Village ke Lake Louise hampir 70 km.  Memang agak jauh tetapi tempatnya sangat cantik dan sejuk berbanding tasik lain.  Saya bersyukur kerana dapat memenuhi impian saya dan keluarga.

Ok.. kita jamu mata ye... tengok gambar!!!



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuti Pendek Ke Colmar Tropicale Berjaya Hills
      • Sambut Tahun Baru 2025 Di Cameron Highlands
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates