Travelog Bola Sepak ke Vancouver
Hari kedua di Vancouver, British Columbia, Kanada. Sebuah jajahan British dahulunya.
Sebelum kejadian tragedi 11 September, kita rakyat Malaysia boleh masuk ke Kanada tanpa visa tetapi selepas kejadian itu peraturannya sudah berubah. Visa diwajibkan seperti juga kalau kita melawat ke US. Bayaran untuk visa CAD 160 dolar.
Saya sempat meronda sekitar taman tasik dikenali sebagai Minoru Park di Richmond. Taman yang sangat terpelihara kebersihannya.
Boleh lihat binatang-binatang comel seperti arnab, tupai, itik merata-rata. Mereka hidup berkeliaran disekitar taman ini. Tidak ada sesiapa pun yang ingin menangkap mereka.
Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali memberi makan ataupun menangkap untuk dijadikan binatang peliharaan. Ini untuk mengelakkan mereka mati keracunan kerana makan makanan yang tidak sesuai untuk mereka. 😃
Pengunjung bebas untuk membawa anjing peliharaan berjalan-jalan. Menariknya di Kanada, penduduk yang membawa anjing mereka di minta mengutip 💩 dan di buang di tempat yang sepatutnya. Jadi, tidak ada masalah untuk kita sebagai pengunjung lain risau pasal 💩 anjing. Bagus kan? 😊
Air minuman juga disediakan untuk pengunjung.
Taman rekreasi ini merupakan taman tasik yang sudah lama didirikan. Sangat terpelihara. Tandas yang bersih... tiada sampah sarap.
Di sebelah kawasan Minoru Park merupakan kawasan bangunan untuk riadah seperti tempat skate, kolam renang, gelanggang tenis, padang bola (tempat Umar bermain bola sepak). Hampir kesemuanya kemudahan terpelihara dengan baik.
Banyak perkara saya belajar sambil melihat. Tempat awam adalah kepunyaan bersama. Peliharanya seperti barang yang kita sayang. Arahan dan peraturan perlu kita ikut kerana ia merupakan kebaikan bersama. 😊
Begitulah cerita serba sedikit...
Jangan segan tekan butang share 😃.
Moga kisah ini menjadi manfaat pada pembaca lain juga 😊😊
#ceritakamidikanada
Pelihara kawasan awam, tanggungjawab bersama

Tempat minuman bersih yang disediakan untuk pengunjung |
0 comments