Travelog to Stewart, British Columbia, Canada - Hyder, Alaska, United State of America (part 1)

by - Tuesday, November 26, 2019

Kembara kali ini sebenarnya tidak dirancang secara terperinci.

Walaupun sudah lama ingin ke Stewart tetapi anak-anak seperti tidak minat untuk ke sana.  Memandangkan baru-baru ini ada berita tentang 2 pembunuh berkeliaran sekitar laluan Smithers ke Stewart terus ke Dease Lake.  Ye, memang tidak jauh dari rumah kami...  Alhamdullilah... mereka sudah dilaporkan ditangkap oleh pihak polis.

Kali ini, saya berjaya memujuk anak-anak untuk pergi ke Stewart memandangkan hari Isnin cuti sempena 'Remembrance Day'.  Di tambah lagi, jiran kami baru sahaja pulang bercuti dari Stewart.

Stewart terletak di kawasan utara negeri British Columbia, Kanada  Ia terletak sempadan dengan Hyder, Alaska, US.  Penduduk di Stewart sekitar 500 orang.  Sumber ekonomi di sini ialah balak dan emas.  Mengikut sejarah Stewart pernah mempunyai penduduk seramai 10,000 orang. Namun, selepas Perang Dunia Pertama penduduk semakin menurun.  Kebanyakannya telah berhijrah ke bandar lain.  Kerana itu, Stewart dikenali sebagai 'Ghost City'

Saya dan suami terus merancang dan menempah hotel sekitar Stewart.  Saya memilih hotel yang menyediakan kelengkapan dapur (family suite).  Alhamdullilah,  adaaaa.... akhirnya Hotel Bay View menjadi pilihan.   Saya berpuas hati kerana bilik ada 2 dan dapur yang selesa... siap ada tempat memasak, sabun basuh pinggan, periuk serta pinggan-mangkuk. Satu malam 114 dolar untuk 2 bilik dan dapur yang privasi (tidak berkongsi).

Hari Pertama 

Singgah di Bear Glacier.  Ia terletak dalam perjalanan ke Stewart.  Glacier ini terletak di kawasan tinggi.  Stewart terletak di kawasan pelabuhan. Maka, sesiapa yang hendak ke bandar Stewart wajib lalu dan wajib singgah di sini.  Rugi sekiranya tidak mengabadikan gambar di sini.

Ketika kami tiba di Bear Glacier... Kebetulan salji sedang turun dengan lebat.  Ambil gambar pun pakai selimut.  Kesejukan weiii 😅

Habis posing di Bear Glacier tak sampai 10 minit.  Angin yang bertiup dengan kuat menyebabkan segala pergerakan kena pantas.

Kami meneruskan perjalanan terus ke bandar Stewart.  Hanya 30 minit sudah sampai di hadapan hotel penginapan kami... Hotel Bay View.  Wah, ini memang pekan berhantu ni...tak nampak orang langsung.  Sunyi… senyap...

Satu perkara yang agak aneh di sini… hotel tiada siapa yang tunggu. (tiada kaunter pertanyaan).  Bila sudah sampai… suami kena menghubungi pemilik hotel.  Hotel Bay View di miliki oleh orang yang berasal dari Austria.  Sudah lebih 30 tahun tinggal di Stewart.

Sementara menunggu pemilik Hotel Bay View datang, saya pergi berjalan di sekitar bandar comel ini.  Saya masuk ke Perpustakaan Stewart.  Dalam hati… tak sangka sekecil bandar ini masih ada sebuah perpustakaan yang lengkap dan cantik.  Saya disapa dari belakang...

"Excuse me?  Are you from Malaysia?"

Eh... tak sangka pula ada yang dapat mengagak saya dari mana...

"How do you know?"

"I see you wear something on your head.  I'm sorry...I don't know... what you call it?"

"Hijab...  Are you Canadian? "

"I'm from Philipines. My name Maria.  I live here since 25 years ago"

Lamanya dah.... saya berkata dalam hati.  Macamana boleh hidup ditempat sunyi macam ni  Sebenarnya sejak mula sampai saya sangat pelik dengan masyarakat sini boleh bertahan tinggal di kawasan begini.


"oooo I see...by the way. My name Siti.  Nice to meet you",  sambil bersalaman saya mula memperkenalkan diri.

Saya minta diri kepada Maria kerana pemilik hotel sudah datang untuk membuka bilik yang kami tempah.  Tak sangka cantik rupanya suasana di dalam hotel ini.

Jom… kita cuci mata melihat gambar pada hari pertama kami sampai….


Bear Glacier

Lorong-Lorong di Stewart


Tangga untuk naik ke bilik Hotel Bay View

Antara perhiasan yang terdapat dalam Hotel Bay View

Bear Glacier

Di hadapan Perpustakaan Stewart

berjalan sekitar bandar Stewart





Di hadapan Hotel Bay View





You May Also Like

0 comments