Travelog to Stewart, British Columbia, Canada - Hyder, Alaska, United State of America (Part 2)
Hari Kedua...
Masuk hari kedua... perjuangan kami untuk masuk ke US...
Nak naik ke gunung melihat satu lagi keajaiban Tuhan… melihat salah satu glacier terbesar di Canada.
Kami ingin melihat Salmon Glacier, namun begitu untuk pergi ke Salmon Glacier. Kami wajib masuk ke sempadan Alaska, US.
Rupa-rupanya… menarik betul perjalanan kami ke Hyder, Alaska kerana tiada jalan lain untuk ke Salmon Glacier memang kena masuk ikut Hyder dan masuk semula ke Kanada. Penduduk di Hyder juga, sekiranya hendak ke kawasan Alaska lain memang wajib masuk ke Kanada dan gunakan laluan Hiway Alaska iaitu di negara Kanada.
Untuk pengetahuan semua, penduduk Hyder seramai 100 orang. Dan, mereka membeli-belah semuanya wajib menyeberang ke Kanada iaitu di Stewart, BC.
Untuk masuk ke Hyder tidak memerlukan visa US. Satu-satunya tempat yang agak pelik di dunia dikatakan. Agak istimewa hanya di Hyder, Alaska. Saya hanya tunjukkan passport, permit dan visa kami ke Kanada. Ini kerana di sebelah US tiada pihak imigresen, hanya sebelah Kanada sahaja yang ada pejabat kastam dan imigresen. Syukurnya sebab kami Berjaya sampai Amerikaaaa…. hurray... huhuhu...
Perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke Salmon Glacier sejauh 30 km. Tak jauh sebenarnya tetapi wajib berhati-hati kerana salji sudah mula turun dan suhu sudah capai tahap negative. Maka, jalan agak licin.
Alhamdullilah...kami dapat sampai semula ke sempadan Kanada dengan selamat.
Jom..cuci mata melihat keajaiban Allah ini.

Tanda sempadan di antara Kanada dan US |
Pejabat kastam dan imigresen sebelah sempadan Kanada |
Pejabat Pos Hyder, Alaska, US |
Salmon Glacier |
Tanda sempadan antara Kanada dan US |
Hyder, Alaska |
Pejabat Pos, Hyder yang juga wakil pihak imigresen US |
pintu masuk Hyder, Alaska |
Nak masuk tengok bear tapi bear dah hibernasi |
semasa di Salmon Glacier |
jumpa tasik di Hyder |
Air terjun di atas gunung... |
pintu sempadan Hyder |
Jalan ke Salmon Glacier yang sempit |
0 comments