Travelog bola sepak ke Richmond, British Columbia
Kali ini kami sekeluarga terbang ke Vancouver. Tapi kali ini tujuannya amat berbeza. Bukan pergi melancong tetapi membawa harapan anak bujang seorang untuk bermain bola sepak bersama salah sebuah kelab bola sepak terkemuka di Kanada. 😃
Alhamdullilah. Umar terpilih dari kalangan rakan-rakannya di Kitimat. Ada beberapa orang lagi terpilih untuk bermain di Padang Bola Sepak, Richmond. Untuk mendapat pengalaman baru bermain bersama mat-mat saleh di daerah terkemuka di Vancouver. Bukan main seronok lagi Umar. Tak apa lah ku turutkan hati untuk anak-anak tersayang.
Bila sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Saya bersama suami mengambil ‘shuttle bus’ ke tempat sewa kereta. Selesai di situ, kami terus ke Richmond untuk check-in hotel. Hotel Sandman yang telah ditetapkan oleh pihak kelab bola sepak Whitecaps. Kami beruntung kerana dapat bayaran ‘rate’ harga kelab bola sepak Whitecaps. Syukur....
0 comments