Day Trip to Banff

by - Tuesday, June 11, 2019

Salam Aidilfitri…

Alhamdullilah, kita masih dikurniakan rezeki untuk menyambut aidilfitri bersama orang tersayang..

Hari ini saya ingin kongsikan pengembaraan saya bersama keluarga ke Taman Negara Banff yang terletak dalam negeri Alberta di Kanada.  Saya mengambil kesempatan sementara sambutan aidilfitri di Calgary.  Perjalanan dari Calgary lebih kurang 1 jam 45 minit membuatkan saya fikir ia tidak berapa jauh untuk kami hanya buat 'day trip'.  Namun, bila sudah sampai ke sana terasa rugi sangat sebab tidak mengambil peluang untuk tidur satu malam sambil menikmati keindahan malam di Banff.  Apapun, saya bersyukur kerana pengembaraan ini di waktu musim panas, maka kami dapat menikmati hari siang yang lebih panjang.  Bayangkan maghrib masuk jam 10 malam.  Alhamdullilah...

Banff merupakan sebuah taman negara tertua yang dibuka sejak tahun 1885.  Berkeluasan 6,641 meter persegi yang terletak di kawasan Banjaran Rocky.  Terdapat beberapa tasik yang sangat cantik di jaga penuh rapi tanpa sebarang pembangunan yang boleh menjejas eko-sistem kehidupan haiwan liar disitu.  Saya berkesempatan berjumpa dengan 2 ekor beruang yang sedang mencari makanan di tepi lebuhraya menuju ke Banff.  Melihat beruang-beruang itu menjalani kehidupan yang aman damai, saya yakin mereka terpelihara dengan rapi.

Walaupun pengembaraan kami pada musim panas, suhu di Banff mencecah menghampiri negatif.  Suhu yang sejuk membuatkan kami lebih cepat untuk sesi bergambar walaupun kami memakai jaket panas tetapi ia tidak cukup menampung kesejukan di sini.  Kebetulan semasa kami sampai di situ, matahari agak terik , maka gambar yang diambil lebih cantik.  Alhamdullilah..









Banjaran Rocky





Lake Louise


sesekali posing berdua









Laluan jejantas beruang




Untuk sampai ke Banff sebenarnya, rakan-rakan boleh melalui laluan dari Calgary ataupun Vancouver.  Daripada situ boleh sewa kereta ataupun menaiki bas awam.  Memang ada disediakan perkhidmatan untuk sampai ke tempat pelancongan di sini.  Yang penting siapkan wang yang mencukupi.  Kami memilih untuk sewa kereta dari Calgary.  Kami sewa kereta 4 wheel jenama Jeep sehari CAD 74 dolar.  Kemudian, gunakan waze untuk sampai ke Banff.  Kaji ke mana yang hendak di tuju kerana kawasan Banff sangat luas.  Kami memilih untuk ke Banff Village dan Lake Louise.  Antara tempat yang disyorkan untuk day trip.  Perjalanan dari Banff Village ke Lake Louise hampir 70 km.  Memang agak jauh tetapi tempatnya sangat cantik dan sejuk berbanding tasik lain.  Saya bersyukur kerana dapat memenuhi impian saya dan keluarga.

Ok.. kita jamu mata ye... tengok gambar!!!



You May Also Like

0 comments