• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Kami sampai di Smithers pada jam 6 petang selepas memandu selama 4 jam 30 minit sejauh 371 km.

Kami bermalam di salah sebuah hotel bertaraf 3 bintang Sandman Inn.  Satu malam CAD 130.  Saya suka kerana ia berdekatan dengan bandar Smithers dan bersebelahan dengan Tim Horton's Restoran.  Senang nak pergi sarapan pagi esok.

Pada sebelah malam kami makan di Mc Donald yang berdekatan.  Hanya 10 minit berjalan kaki. Kami makan Fish & Chip.  Itu sahaja yang ada pilihan untuk malam ini.  Alhamdullilah.

Pulang daripada makan malam.  Saya ternampak 3 ekor rusa berlarian di sekitar bangunan di tepi jalan.  Waktu makan malam… suami saya kata.  Namun, saya tidak mengambil gambar dengan jelas kerana suasana yang samar-samar.  Anak-anak bukan main terlompat-lompat..Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke hotel kerana angin bertiup sudah dirasakan sehingga ke tulang.



Esok… Insyaallah akan meneruskan perjalanan ke Kitimat.

Bangun Pagi untuk hari ke 6 pengembaraan kami...

Sebelum bertolak keluar daripada Smithers. Saya mengajak suami meronda keliling kampung di Smithers.  Antara tempat yang kami pergi Perpustakaan Smithers dan Northern Lights Smithers.

Untuk entri kali ini memang saya kata cuci mata sahaja kerana saya terpegun dengan keindahan bandar Smithers dan juga kampung mereka.






Ladang kambing biri-biri





Alhamdullilah kami sampai di Kitimat pada jam 5 petang.

Kami sempat berhenti di Moricetown untuk isi minyak.  Saya kongsikan gambar di sini.

Sungai yang membeku





Jumpa lagi di travelog saya yang seterusnya.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Masuk hari ke - 5 pengembaraan kami...

Masih lagi di Quality Hotel.  Hari ini saya sekeluarga akan memulakan perjalanan pulang ke rumah di Kitimat.  Insyaalah kami bermalam di Smithers pada malam ini.

Selepas check out di Quality Hotel jam 11 pagi, kami menuju ke Prince George... Kali ini tentatif kami ialah melawat University of Northern British Columbia (UNBC), Lheidli T'enneh Memorial Park.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke UNBC.  Kenapa saya hendak ke sini? Saya seorang bekas pensyarah jadi saya suka melihat kawasan pusat pengajian tinggi.  Sekurang-kurangnya ia memberi semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.  Kami kurang bernasib baik untuk berjalan kaki mengelilingi kawasan universiti memandangkan salji sedang turun dengan lebat. Hanya dapat mengambil gambar dari dalam kereta.  Itu pun tidak berapa jelas.  Setelah habis membuat beberapa kali pusingan di dalam kawasan university.  Kami meneruskan ke tempat yang ingin kami lawati seterusnya.  Dari UNBC ke Lheidli T'nneh Memorial Park mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Pintu masuk UNBC


Sesampai sahaja kami di Lheidli T'enneh Memorial Park.  Anak-anak bukan main seronok lagi… pemandangannya cukup mengasyikkan.  Jom cuci mata…sekitar memorial park.










Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kitimat.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami mengisi perut di Restoran Jepun sekitar bandar Prince George.  Lapar sangat dah, bila musim sejuk perut cepat sangat berbunyi.

Dah lapar macam-macam gaya dibuatnya.

Namanya mee bersama udang 😆

Kami meneruskan perjalanan ke Smithers selepas makan tengahari.

Saya sempat berhenti di sebuah tasik yang sangat luas dan pekan kecil itu bernama Fraser Lake.





muzium di bandar Fraser Lake






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sambungan dari entri sebelum ini…

Selepas seharian di Barkerville, kami pulang semula ke Quality Hotel, Quesnel.  Pada mulanya kami bercadang nak makan tengahari di Barkerville ataupun di sekitarnya.  Namun, tiada kedai makan yang di buka semasa spring.  Hanya cafe kecil di buka di Barkerville.  Bolehlah sebagai pengalas perut. Jangan cari makanan halal memang tiada ye.  Makanan seperti roti dan makanan ringan banyak di jual.

Suami saya mengajak saya pergi ronda-ronda memandangkan waktu asar belum masuk dan kami juga memilih untuk solat jamak taqkhir.  Punya la meronda sampai tak jumpa-jumpa kedai yang di cari.  Akhirnya saya buat keputusan kita cari restoran Korea ataupun Jepun.  Sudah tentu ada menyediakan makanan berkonsep sayuran.  Boleh lah anak-anak makan.  Alhamdullilah dapat jumpa satu restoran di hujung bandar Quesnel.  Memang sangat asli masakannya ditambah pula tukang masak adalah orang Korea sendiri.  Sudah menetap lama di Kanada hampir 26 tahun. Walaubagaimanapun, masih lancar berbahasa Korea.  Anak-anak juga sudah menetap di Vancouver, Kanada.  Beliau sendiri bercadang ingin menutup restoran ini kerana ingin berehat serta bermain bersama cucu-cucunya.  Umar memesan Udang goreng, Lana dengan papanya memesan bibimbap yang tiada daging.  Saya memesan Japchae.  Semua sekali berjumlah CAD 60 dollar. Alhamdullilah.  Selesai makan di sini… kami berjalan kaki menghirup udara di tepi sungai di Quesnel sambal melihat budaya masyarakat di sini.

Sekitar di tepi sungai dalam bandar Quesnel


Salji masih menebal





berposing gaya CR katanya



Sampai di Quality lebih kurang jam 4.30 petang, solat asar jamak zohor.  Kemudian, Umar mengajak saya ke gym.  Ok juga, lama sudah badan ini tidak mengeluarkan peluh.  Balik bilik...merehatkan badan, kali ini badan semakin terasa penat.  Kami tidur lebih awal daripada malam-malam sebelum itu.  Mungkin perjalanan sudah sangat jauh.  Esok, kami akan meneruskan pengembaraan pulang ke Kitimat.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Bercerita tentang pengembaraan ke Barkerville

Kami tiba di Barkerville pada jam 11 pagi, setibanya kami di situ.  Subhanallah, salji sudah hampir menutupi pintu untuk masuk bagi pendaftaran ke kawasan Barkerville.  Suasana yang sunyi, di sekeliling kawasan Barkerville menyebabkan saya menyangka mungkin kami orang pertama yang sampai ke situ.  Rupanya kami silap.  Barkerville di tutup untuk sebarang 'show house' kerana salji yang tebal.  Anak-anak sudah mula merasa sedih, tidak lupa saya juga merasakannya.  Alhamdullilah, rupa-rupanya kami boleh masuk secara percuma untuk melihat kawasan Barkerville Historic Town ini tetapi setiap rumah di dalam itu tidak dapat masuk kerana tiada persembahan.

Barkerville sebenarnya telah wujud pada tahun 1862 terletak di Gunung Cariboo.  Ia telah diberi nama oleh Billy Barker daripada Cambridgeshire, England selepas beliau berjumpa dengan lubuk emas di situ.  Beliau merupakan orang terkaya di situ.

Kepada sesiapa berminat boleh layari web site Barkerville.  Di sebabkan emas, Barkerville telah mencapai populasi sehingga 5,000 ribu penduduk yang mana 3,000 orang adalah terdiri daripada bangsa Cina.  Penduduk berbangsa Cina merupakan penduduk yang bertanggungjawab menaikkan ekonomi di Barkerville.  Mereka menjual barang-barang runcit, kain, dan pelbagai lagi barang-barang keperluan hidup seharian.  Di sini saya melihat dari sudut, kehebatan bangsa Cina memang sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai seorang pedagang dan penjual.  Mereka sanggup merantau begitu jauh daripada tanah asal mereka.  Tidak pelik bangsa Cina berada di mana-mana negara di pelusuk dunia.

Pada 16 September 1868, Barkerville telah musnah terbakar berpunca daripada bangunan kayu yang kebanyakannya di bina daripada kayu.  Namun, tidak sampai 6 minggu Barkerville telah di bina semula.  Di tambah dengan pembinaan sekolah iaitu Barkerville School.  Permulaan terdapat 30 orang pelajar.  Di sini juga terdapat sekolah cina.  Pada tahun 1930-an,  Barkerville seperti mengalami penguncupan ekonomi kerana terdapat ramai penduduk tiada pekerjaan di atas kejatuhan harga emas.

Pada tahun 1957, kerajaan British Columbia telah menaik taraf Barkerville sebagai tempat pusat pelancongan.  Barkerville di perkemaskan lagi seni bangunan tetapi tetap mengekalkan seni bangunan pada zaman mula-mula ia di tubuhkan.

Di sini juga terdapat tempat penginapan untuk bermalam tetapi hanya di buka untuk musim panas sahaja.

Begitulah serba sedikit tentang lawatan sambal belajar hari ini.😇

Jom kita lihat gambar…

Seperti berada dalam set pengambaran zaman koboi.





































Pintu masuk Barkerville Historic Town



Semoga info ini sangat berguna.  Mungkin ada yang hendak pergi musim panas lebih cantik pemandangan di sini.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuti Pendek Ke Colmar Tropicale Berjaya Hills
      • Sambut Tahun Baru 2025 Di Cameron Highlands
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates