• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Sebelum pulang... Hari ketiga

Saya ingin mengabadikan beberapa gambar.  Kenangan paling manis kerana kami sekeluarga menikmati salji turun buat pertama kali pada winter kali ini di Stewart, BC.

Kebetulan pada tarikh kami ingin pulang merupakan 'Remembrance Day'.  Tarikh di mana mereka memperingati pejuang-pejuang Tanahair yang telah terkorban dan yang masih ada pada Perang Dunia Pertama.  Dan, pada tarikh kami check out itu merupakan tarikh tamat Perang Dunia Pertama.

Saya baru lihat ramai penduduk di Stewart, BC.  Mereka berkawad di hadapan hotel tempat kami menginap.

Dan, pada pagi itu... salji turun sangat lebat.  Sempat saya bertemu dengan beberapa penduduk di sana.  Memesan pada saya supaya berhati-hati memandu ke Kitimat kerana jalan sangat licin.  Cuaca dan suhu sebenarnya tidak mengizinkan kami memandu jauh tetapi kami kena pulang juga kerana esok sudah mula kerja dan sekolah juga sudah bermula….












Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hari Kedua...

Masuk hari kedua... perjuangan kami untuk masuk ke US...

Nak naik ke gunung melihat satu lagi keajaiban Tuhan… melihat salah satu glacier terbesar di Canada.

Kami ingin melihat Salmon Glacier, namun begitu untuk pergi ke Salmon Glacier.  Kami wajib masuk ke sempadan Alaska, US.

Rupa-rupanya… menarik betul perjalanan kami ke Hyder, Alaska kerana tiada  jalan lain untuk ke Salmon Glacier memang kena masuk ikut Hyder dan masuk semula ke Kanada. Penduduk di Hyder juga, sekiranya hendak ke kawasan Alaska lain memang wajib masuk ke Kanada dan gunakan laluan Hiway Alaska iaitu di negara Kanada.

Untuk pengetahuan semua, penduduk Hyder seramai 100 orang. Dan, mereka membeli-belah semuanya wajib menyeberang ke Kanada iaitu di Stewart, BC.

Untuk masuk ke Hyder tidak memerlukan visa US.  Satu-satunya tempat yang agak pelik di dunia dikatakan.  Agak istimewa hanya di Hyder, Alaska. Saya hanya tunjukkan passport, permit dan visa kami ke Kanada.  Ini kerana di sebelah US tiada pihak imigresen, hanya sebelah Kanada sahaja yang ada pejabat kastam dan imigresen.  Syukurnya sebab kami Berjaya sampai Amerikaaaa…. hurray... huhuhu...

Perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke Salmon Glacier sejauh 30 km.  Tak jauh sebenarnya tetapi wajib berhati-hati kerana salji sudah mula turun dan suhu sudah capai tahap negative. Maka, jalan agak licin.

Alhamdullilah...kami dapat sampai semula ke sempadan Kanada dengan selamat.

Jom..cuci mata melihat keajaiban Allah ini.



Tanda sempadan di antara Kanada dan US


Pejabat kastam dan imigresen sebelah sempadan Kanada


Pejabat Pos Hyder, Alaska, US



Salmon Glacier

Tanda sempadan antara Kanada dan US

Hyder, Alaska

Pejabat Pos, Hyder yang juga wakil pihak imigresen US

pintu masuk Hyder, Alaska

Nak masuk tengok bear tapi bear dah hibernasi
semasa di Salmon Glacier



jumpa tasik di Hyder

Air terjun di atas gunung...

pintu sempadan Hyder

Jalan ke Salmon Glacier yang sempit




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kembara kali ini sebenarnya tidak dirancang secara terperinci.

Walaupun sudah lama ingin ke Stewart tetapi anak-anak seperti tidak minat untuk ke sana.  Memandangkan baru-baru ini ada berita tentang 2 pembunuh berkeliaran sekitar laluan Smithers ke Stewart terus ke Dease Lake.  Ye, memang tidak jauh dari rumah kami...  Alhamdullilah... mereka sudah dilaporkan ditangkap oleh pihak polis.

Kali ini, saya berjaya memujuk anak-anak untuk pergi ke Stewart memandangkan hari Isnin cuti sempena 'Remembrance Day'.  Di tambah lagi, jiran kami baru sahaja pulang bercuti dari Stewart.

Stewart terletak di kawasan utara negeri British Columbia, Kanada  Ia terletak sempadan dengan Hyder, Alaska, US.  Penduduk di Stewart sekitar 500 orang.  Sumber ekonomi di sini ialah balak dan emas.  Mengikut sejarah Stewart pernah mempunyai penduduk seramai 10,000 orang. Namun, selepas Perang Dunia Pertama penduduk semakin menurun.  Kebanyakannya telah berhijrah ke bandar lain.  Kerana itu, Stewart dikenali sebagai 'Ghost City'

Saya dan suami terus merancang dan menempah hotel sekitar Stewart.  Saya memilih hotel yang menyediakan kelengkapan dapur (family suite).  Alhamdullilah,  adaaaa.... akhirnya Hotel Bay View menjadi pilihan.   Saya berpuas hati kerana bilik ada 2 dan dapur yang selesa... siap ada tempat memasak, sabun basuh pinggan, periuk serta pinggan-mangkuk. Satu malam 114 dolar untuk 2 bilik dan dapur yang privasi (tidak berkongsi).

Hari Pertama 

Singgah di Bear Glacier.  Ia terletak dalam perjalanan ke Stewart.  Glacier ini terletak di kawasan tinggi.  Stewart terletak di kawasan pelabuhan. Maka, sesiapa yang hendak ke bandar Stewart wajib lalu dan wajib singgah di sini.  Rugi sekiranya tidak mengabadikan gambar di sini.

Ketika kami tiba di Bear Glacier... Kebetulan salji sedang turun dengan lebat.  Ambil gambar pun pakai selimut.  Kesejukan weiii 😅

Habis posing di Bear Glacier tak sampai 10 minit.  Angin yang bertiup dengan kuat menyebabkan segala pergerakan kena pantas.

Kami meneruskan perjalanan terus ke bandar Stewart.  Hanya 30 minit sudah sampai di hadapan hotel penginapan kami... Hotel Bay View.  Wah, ini memang pekan berhantu ni...tak nampak orang langsung.  Sunyi… senyap...

Satu perkara yang agak aneh di sini… hotel tiada siapa yang tunggu. (tiada kaunter pertanyaan).  Bila sudah sampai… suami kena menghubungi pemilik hotel.  Hotel Bay View di miliki oleh orang yang berasal dari Austria.  Sudah lebih 30 tahun tinggal di Stewart.

Sementara menunggu pemilik Hotel Bay View datang, saya pergi berjalan di sekitar bandar comel ini.  Saya masuk ke Perpustakaan Stewart.  Dalam hati… tak sangka sekecil bandar ini masih ada sebuah perpustakaan yang lengkap dan cantik.  Saya disapa dari belakang...

"Excuse me?  Are you from Malaysia?"

Eh... tak sangka pula ada yang dapat mengagak saya dari mana...

"How do you know?"

"I see you wear something on your head.  I'm sorry...I don't know... what you call it?"

"Hijab...  Are you Canadian? "

"I'm from Philipines. My name Maria.  I live here since 25 years ago"

Lamanya dah.... saya berkata dalam hati.  Macamana boleh hidup ditempat sunyi macam ni  Sebenarnya sejak mula sampai saya sangat pelik dengan masyarakat sini boleh bertahan tinggal di kawasan begini.


"oooo I see...by the way. My name Siti.  Nice to meet you",  sambil bersalaman saya mula memperkenalkan diri.

Saya minta diri kepada Maria kerana pemilik hotel sudah datang untuk membuka bilik yang kami tempah.  Tak sangka cantik rupanya suasana di dalam hotel ini.

Jom… kita cuci mata melihat gambar pada hari pertama kami sampai….


Bear Glacier

Lorong-Lorong di Stewart


Tangga untuk naik ke bilik Hotel Bay View

Antara perhiasan yang terdapat dalam Hotel Bay View

Bear Glacier

Di hadapan Perpustakaan Stewart

berjalan sekitar bandar Stewart





Di hadapan Hotel Bay View





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari kedua di Vancouver, British Columbia, Kanada.  Sebuah jajahan British dahulunya.

Sebelum kejadian tragedi 11 September, kita rakyat Malaysia boleh masuk ke Kanada tanpa visa tetapi selepas kejadian itu peraturannya sudah berubah.  Visa diwajibkan  seperti juga kalau kita melawat ke US. Bayaran untuk visa CAD 160 dolar.

Saya sempat meronda sekitar taman tasik dikenali sebagai Minoru Park di Richmond. Taman yang sangat terpelihara kebersihannya.

Boleh lihat binatang-binatang comel seperti arnab, tupai, itik merata-rata.  Mereka hidup berkeliaran disekitar taman ini.  Tidak ada sesiapa pun yang ingin menangkap mereka.

Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali memberi makan ataupun menangkap untuk dijadikan binatang peliharaan.  Ini untuk mengelakkan mereka mati keracunan kerana makan makanan yang tidak sesuai untuk mereka. 😃

Pengunjung bebas untuk membawa anjing peliharaan berjalan-jalan.  Menariknya di Kanada, penduduk yang membawa anjing mereka di minta mengutip 💩 dan di buang di tempat yang sepatutnya.  Jadi, tidak ada masalah untuk kita sebagai pengunjung lain risau pasal 💩 anjing.  Bagus kan? 😊

Air minuman juga disediakan untuk pengunjung.

Taman rekreasi ini merupakan taman tasik yang sudah lama didirikan.  Sangat terpelihara.  Tandas yang bersih... tiada sampah sarap.

Di sebelah kawasan Minoru Park merupakan kawasan bangunan untuk riadah seperti tempat skate, kolam renang, gelanggang tenis, padang bola (tempat Umar bermain bola sepak).  Hampir kesemuanya kemudahan terpelihara dengan baik.

Banyak perkara saya belajar sambil melihat.  Tempat awam adalah kepunyaan bersama.  Peliharanya seperti barang yang kita sayang. Arahan dan peraturan perlu kita ikut kerana ia merupakan kebaikan bersama.  ðŸ˜Š

Begitulah cerita serba sedikit...

Jangan segan tekan butang share 😃.

Moga kisah ini menjadi manfaat pada pembaca lain juga 😊😊

#ceritakamidikanada

Pelihara kawasan awam, tanggungjawab bersama




Tempat minuman bersih yang disediakan untuk pengunjung







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ▼  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ▼  November (4)
      • Travelog to Stewart, British Colombia, Canada - Hy...
      • Travelog to Stewart, British Columbia, Canada - Hy...
      • Travelog to Stewart, British Columbia, Canada - Hy...
      • Travelog Bola Sepak ke Vancouver
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates