• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram


Assalamualaikum w.b.t

Pengembaraan pendek kali ini ke Colmar Tropicale Berjaya Hills bersama keluarga.  Sebenarnya percuti ini kami pergi semasa cuti pendek bulan Julai tahun 2024 lepas.

Peringkat awal saya merancang nak pergi ke Cameron Highlands tetapi saya cuba search penginapan. Eh! Tak sangka penginapan di Colmar membuat promosi 50 %.  Apa lagi ambil peluang la kan… akhirnya saya dapat book apartment 2 bilik bersama dapur juga ruang tamu yang besar. Tingkat 2 … cantik sangat ! Dalam kawasan Colmar Tropicale.  Satu lagi percuma untuk 3 orang breakfast. Penginapan selama 3 hari 2 malam sebanyak RM 940.  Bagi saya macam menikmati suasana di kawasan kampung di Paris … berbaloi la harga macam tu.. sejuk tau pagi-pagi.. 

Untuk makan tengahari pula saya dan keluarga makan di kawasan Kampung Ketari nama restoran tu ‘Ina’s Patin’ … sedap sangat da berbaloi harganya ! Dalam 20 km memandu dari Bukit Tinggi. Boleh google ikut “Ina’s Patin”. Dapat la makan ikan patin asli dari Kampung Ketari. Memang berpeluh la makan tapi berbaloi dengan kesedapan menjilat jari … 🤭😅

Sudah selesai, kami singgah solat Zohor di Masjid Daerah Tengku Sulaiman, Bentong sambil menikmati view kampung di sini.  Saya cuba google tentang sejarah perkampungan ini.  Menarik untuk kita tahu .. orang zaman dahulu membuka kampung hanya berbekalkan cangkul dan parang. Mengambil masa berbulan-bulan untuk menjadikan kawasan tempat tinggal baru mereka… kemudian membina rumah secara gotong-royong.  Anak-anak saya mendengar cerita kami dengan pelik… tapi teruja dengan pelbagai persoalan.

Suami saya kongsikan tentang sebuah buku yang bertajuk “Jungle of Hope” karya Keris Mas. Keris Mas merupakan seorang Sasterawan Negara yang berasal dan dilahirkan di Kampung ini yang diberi nama Kampung Ketari

Kami tak balik ke hotel tetapi meronda ke kawasan sekitar Bukit Tinggi.  Al konon nak naik kuda …tutup la pulak… jurulatih balik kampung kot !! Kemudian. Saya singgah di Rabbit Farm … kali terakhir Lana datang semasa usianya 2 tahun.. Umar pun tak ada lagi masa tu.

Lana kata dia tak ingat apa-apa 🤣. Masa tu saya tak ikut kerana saya ada tugasan di luar kawasan tetapi suami saya membawa keluarga belah saya berjalan ke Bukit Tinggi.  Masa itu Arwah Bapa saya pun ikut sekali… melayan cucu nya di Rabbit Faram.  Menariknya di sini bukan sahaja ada rabbit tau tetapi ada kambing, ada ayam 😅. Jinak pula tu ! 





Koleksi Sitikb
Berada di balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Berada di balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Di hadapan pintu masuk Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Pintu masuk Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Japanese Village 

Koleksi Sitikb
Japanese Village 

Koleksi Sitikb
Di hadapan kawasan rumah di Japanese Village Berjaya Hills 

Koleksi Sitikb
Japanese Village Berjaya Hills

Koleksi Sitikb
Suasana pagi di Colmar Tropicale

Koleksi Sitikb
Suasana petang daripada balkoni apartment

Koleksi Sitikb
Suasana malam jam 9 malam

Koleksi Sitikb
Masa ni nak balik dah... ambil gambar daripada tempat parking kereta

Koleksi Sitikb
Beli makanan siap spaghetti

Koleksi Sitikb
pintu masuk Colmar Tropicale Berjaya Hills

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum w.b.t

Selamat tahun baru 2025 …

Selepas 25 tahun, saya kembali ke sini bersama anak-anak !!

Cuti pendek selama tiga hari kami sekeluarga manfaatkan untuk menikmati keindahan alam semulajadi di ladang teh milik Boh Plantations Sdn Bhd.  Hampir setengah hari kami melepak menikmati cuaca yang sejuk di ladang teh yang terletak di Sungai Palas, Cameron Highlands.  Suhu sekitar 23 celcius buat kami terasa seperti di musim panas di Kanada.  Memang rindu sentiasa menjengah bila teringatkan kan Kitimat, Kanada. 

Ladang Teh Boh ini menyediakan pelbagai aktiviti antaranya lawatan ke kilang teh, kami dapat melihat bagaimana cara teh di proses bermula daripada mengutip ladang teh sehinggalah ia menjadi serbuk teh.  Rupanya packaging di lakukan di Selangor selepas ia menjadi serbuk teh.

Keinginan anak perempuan saya ingin melihat teh di proses tercapai kerana dia peminat teh. Paling teruja untuk melihat.  Ini adalah pertama kali anak-anak saya menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.  Paling menggerunkan ialah jalan yang berliku dan sempit untuk sampai ke ladang teh. Saya asyik menutup mata setiap kali sampai ke selekoh yang tajam.   Sebab bukan saya yang pandu kereta kan....

Tapi betul saya seronok dan tak sangka pengalaman kali ini berbeza dengan 25 tahun dahulu.  Cameron Highlands sudah berbeza.

Jam 3 petang kami turun dan pulang berehat ke tempat penginapan kami yang terletak di Brinchang.  Kami menginap di Nova Apartment, Kea Farm.  Penginapan ini saya tempah melalui Agoda.com dan untuk pengetahuan semua selama 3 hari 2 malam kami hanya membayar RM 280 sahaja untuk 3 bilik tidur.  Cukup selesa dan luas untuk kami berempat.  Walaupun pihak hotel tidak menyediakan sarapan tetapi di apartment menyediakan microwave juga kelengkapan dapur yang ringkas.  Juga, di sekitar penginapan terdapat banyak restoran dengan harga yang berpatutan.  Kebanyakannya beroperasi sehingga jam 12 malam.

Selepas selesai solat Asar pada hari kedua, saya mengajak anak-anak dan suami ke Fragrance Nursery yang terletak 2 km dari tempat penginapan kami.  Tujuan sebenar ialah memborong bunga !!! hihih.. tak sangka harga ok sangat... Cameron kan... banyak juga saya borng adalah 10 jenis bunga. Selepas habis sebanyak RM 140 ... saya puas hati dengan harga yang ditawarkan.  Kalau macam ni lain kali boleh datang lagi sebab harga jauh lebih murah di rumah saya. 

Selesai di situ, kami jalan-jalan di Pasar Kea Farm. Banyak-banyak kedai ... kami makan aiskrim tempatan namanya Puku Cafe. Tak sangka sedap betul ! original rasa... bila ada strawberi. Korang mesti rasa tau bila sampai ke Cameron Highlands. Anak saya kata viral juga aiskrim nih..  Ok ...kami jalan-jalan sampai Maghrib lepas tu balik semula ke hotel.  Lepas rehat dan solat Maghrib kami keluar menikmati makan malam di Restoran Mek Kelate Kedai Tomyam yang terletak sebelah bangunan Nova Apartment sahaja.  Masakan panas-panas lagi tau !  Sedap betul lahhh

Malam kedua di Cameron Highlands ialah malam Tahun Baru 2025....  Jangan tak tahu... kami tonton movie Spiderman ...hahahha... memang perangai kitaorang lepak malam-malam tengok movie kalau pergi vacation.  Sanggup bawa laptop la tapi kali ini kita search je kat TV smart di hotel nih.  Senang rupanya Malaysia ni.  Teringat masa jalan-jalan di Kanada kena bawa laptop sebab memang la tak ada nya smart TV kalau dok menginap tengah hutan.  hahahah

Malam tu kami tidur lena walaupun daripada bilik tidur boleh lihat percikan bunga api dari Tanah Rata. Cantik sangat ! Tambah pulak dengan kabus yang sangat tebal.  Suhu pada malam Tahun Baru menjunam turun sehingga 15 celsius.  Tak ke rasa macam Spring di Kanada . Haa gitu !! ..hihi

Alhamdullilah.  hari ketiga perjalanan balik rumah kami melalui Simpang Pulai.  Sebelum ni kami melalui Tapah....

Menyinggah banyak tempat. Ada Avant Village makan coklat !!! sedapnya.... pastu ternampak Hobbitoon Village . Tak payah pergi oversea.. Malaysia pun ada lah.. yang seronoknya di Hobbitoon Village ada restoran, boleh menikmati keindahan hutan di atas puncak bukit.   Hijau Malaysiaku...

Korang datang la ke Cameron Highlands... memang banyak tempat menarik !! kalau nak rasa sejuk kena datang hujung tahun. Jangan lupa bawa sweater.




Koleksi Sitikb
Lana buat gaya pekebun di ladang teh

Koleksi Sitikb
Gambaran proses kejadian pokok teh kepada serbuk teh.  Diberi penerangan sebelum masuk ke dalam Kilang Teh Boh

Koleksi Sitikb
Ladang Teh Boh

Koleksi Sitikb
Menyusuri anak-anak tangga ke ladang teh juga pusat pameran Teh Boh

Koleksi Sitikb
Memang sejuk masa nih !!!! semasa di balkoni Kea Farm Apartment

Koleksi Sitikb
Di Fragrance Nursery Brinchang

Di Fragrance Nursery Brinchang

di Avant Chocolate, Tanah Rata

di Hobbitoon Village

Jadi Hobbit, semasa di Hobbitoon Village

Mendaki ke kawasan Hobbitoon Village

Buat apa tu ?  Panas katanya... hihi semasa di Hobbitoon Village

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ▼  2025 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuti Pendek Ke Colmar Tropicale Berjaya Hills
      • Sambut Tahun Baru 2025 Di Cameron Highlands
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates