Tinjauan ke Tempat Sejarah Stewart, British Columbia

by - Tuesday, August 04, 2020

Road Trip kali ini, kami sekeluarga ke Stewart, British Columbia...


Sebab ada cuti termasuk Isnin kerana BC Day, jadi kami menyambutnya di utara BC...

Ini bukanlah kali pertama kami datang ke Stewart tetapi sudah kali kedua.  Kalau tahun lepas kami datang pada musim luruh di hujung-hujung musim yang mana pada tahun lepas saya merasa 'first snow' pada winter tahun lepas.

Kenapa datang lagi?  Sebab hendak melihat keindahan Stewart pada musim panas.  Memandangkan tiga hari ini kami menyambut hari raya haji maka saya mengajak suami saya ke Stewart.  Kami memilih Ripley Creek Inn kerana tempat penginapan ini ada menyediakan dapur dan juga rumah untuk tiga bilik.  Ingin merasa bermalam di Rumah bersejarah Stewart...

Tak takut ke?  Mula-mula tu gementar juga melihat kawasan keliling hotel ini sunyi dan tiada jalan bertar tapi bila masuk rumah itu yang diberi nama 'The Brothel'.. saya memujuk hati.  Terasa seperti balik kampung di Malaysia.  Dengan almari lama, susunan kerusi, dapur serta kabinet dapur seperti saya berada di zaman dahulu.. cewahhh.  Hilanglah juga rindu di hati... bila bangun bagi kedengaran bunyi kokokan ayam jantan.  Tak macam Malaysia ke tuh? kann

Dua malam di situ..Alhamdullilah tiada apa yang pelik yang berlaku. Saya menikmati malam-malam yang sejuk bersama anak-anak dan suami.  Bersembang di meja dapur menghadap tingkap yang comel sambil melihat ayam-ayam berlari ke sana-sini pada waktu pagi memang amat melekakan. Sedar tak sedar sudah tengahari.

Hajat hati, kami hendak menyeberang ke Amerika iaitu Hyder, Alaska tapi tidak dibenarkan kerana masalah Covid19.  Orang kata sebelah sana banyak beruang.  Beruang hanya keluar pada musim panas sahaja.  Menurut pegawai yang bertugas di pondok pengawal, sempadan belum di buka untuk 'traveler'.  Tak apalah ... lagipun tahun lepas kami sudah masuk ke Hyder.  Satu-satunya sempadan yang tidak memerlukan saya menggunakan visa USA untuk masuk ke sebelah sana.

Tiga hari yang cukup bermakna kerana kami benar-benar menghayati kawasan persekitaran bandar kecil ini.  Melihat kawasan serta beramah mesra bersama penduduk tempatan.  Populasi di Stewart ialah 400 lebih orang.  Sikit kan?

Pernah dahulu pada awal tahun 1900, penduduk di sini pernah mencecah kepada 10 ribu orang.  Menjadi tumpuan dan terkenal di seluruh dunia kerana di sini terkenal dengan perlombongan emas. Tetapi, kerana masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1940-an.  Penduduk mula berpindah ke tempat lain.  Ramai penduduk pada tahun berkenaan terlibat dengan Perang Dunia Pertama dan Kedua.  Tiada lagi pekerjaan.  Antara sebab utama Stewart semakin lama semakin merosot dari segi populasi manusia.  Pada masa itu juga, Stewart tiada jalan raya yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.  Hanya laluan kapal laut dan keretapi sahaja.  Benar-benar terpencil saya fikir.

Stewart mendapat nama daripada adik-beradik Stewart yang merupakan orang pertama di Stewart.  Jadi, nama keluarga Stewart diabadikan sebagai nama bandar Stewart.

Namun, apa menarik daripada sudut penglihatan saya.  Banyak bangunan-bangunan lama dikekalkan dan dijadikan bangunan sejarah.  Antaranya rumah yang kami menginap selama tiga hari ini.  Ia merupakan pemilik salah seorang kaya di Stewart. Telah dibeli oleh Ripley Creek Inn dan dijadikan hotel.  Sebenarnya pada musim salji, rumah ini sangat cantik. Dan, kawasan sekitarnya sangat lah cantik..

Saya juga berkesempatan singgah di Muzium Stewart yang mana bangunannya telah berusia lebih hampir 100 tahun.  Di situ, kami dilayan oleh pegawai muzium melihat rakaman video dan melihat pelbagai tinggalan sejarah di Stewart.  Saya juga melihat perpustakaan di jalan utama Stewart.  masih berfungsi dengan baik.  Untuk kali ini, perpustakaan di tutup kepada umum tetapi saya pernah masuk ke dalam melihat keadaan perpustakaan yang masih dalam keadaan baik.  Kagum saya melihat... bandar yang cukup kecil tetapi ada banyak kemudahan-kemudahan untuk penduduk tempatan.

Mereka mengekalkan untuk tinggalan anak-anak masa akan datang mengingati sejarah Stewart.  Pernah terkenal satu ketika dahulu...😐 

Jom, layan gambar...

Koleksi sitikb
Koleksi Stewart

Koleksi Sitikb
Simpang ke Stewart.  Hanya ada satu jalan sahaja ke Stewart

Koleksi Sitikb
Sekitar Kawasan Stewart

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Sekitar Stewart

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Sekitar Stewart

Koleksi Sitikb
Sekitar Stewart

Koleksi Sitikb
Pemandangan sebelum sampai di Stewart pada musim panas
Koleksi Sitikb
Ripley Creek Inn


Koleksi Sitikb
Pandangan di belakang Ripley Creek Inn

Koleksi Sitikb
Radio Lama

Koleksi Sitikb
Pemandangan sebelum sampai di Stewart
Koleksi Sitikb
Bear Glacier


Koleksi Sitikb
Bear Glacier
Koleksi Sitikb
Bear Glacier


Koleksi Sitikb
Pandangan Hadapan Rumah Penginapan Kami

Koleksi Sitikb
Pandangan Sisi Rumah Penginapan kami

Koleksi Sitikb
Ayam jantan kepunyaan pemilik hotel Ripley Creek Inn





You May Also Like

0 comments