• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Kembara bermula pada hari ini.

Memang sudah lama berhajat nak bermalam di sini.  Sebuah ladang yang sangat luas sambil mengusahakan sewa kotej.  Hanya ada 3 kotej dibina untuk para tetamu bermalam.  Kotej-kotej itu dibina bersebelahan dengan kandang kuda.

Kanada memang terkenal dengan ladang-ladang yang sangat luas.  Mereka menghasilkan jerami kuda.  Menanam rumput untuk dijadikan makanan kuda.

Apa yang paling menyeronokkan, kami dapat bermalam kotej yang berkongsi dinding dengan kandang kuda.  Bila waktu malam, saya boleh dengar hentakan kaki-kaki kuda yang berusaha untuk tidur.  Disini baru saya tahu, kuda mengambil masa 2 jam untuk tidur dengan lena.  Dan, kuda hanya betul-betul tidur selama 2 hingga 3 jam sehari.  Mereka sangat mudah terjaga terutama bila nampak waktu siang.  Sejenis binatang yang sangat peka pada bunyi.


Lana bukan main seronok lagi bermain dengan kuda yang bernama Midnight.  Dari mula datang ke kotej hinggalah nak pulang, Lana tidak puas lagi bermain dengan kuda.  Nampaknya kena dating lagi la yeee..

Bercerita pasal kotej pula, walaupun kami bermalam bersebelahan betul-betul sebelah kandang kuda.  Tetapi, kotej itu sangat selesa dan bersih.  Ada dapur yang boleh digunakan untuk memasak.  Saya sempat memasak nasi goreng gaya Melayu.  Cewahhh

Ruang menonton televisyen juga sangat selesa.  Mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air.  Di sini ada juga

Pemiliknya yang bernama Maureen dan suaminya Kevin mengusahakan ladang ini tanpa pekerja.  Terletak di Prince George, British Columbia.  Utara BC. Seorang yang sangat peramah dan sangat membantu.  Ladang seluas lebih 3000 ekar buatkan kita jadi terpana.  Kami sempat dibawa oleh Maureen pusing keliling ladang menaiki buggy.  Sukanya beliau, kerana dia tidak menyangka ladangnya sudah dikenali seluruh dunia.

Boleh lihat pada link 👉 https://www.woodhouseranch.ca

Boleh juga search pada link banner di sebelah post ini ye...

Jom lihat gambar-gambar kami sepanjang berada di sana...


Bahagian depan kotej


Pemandangan di waktu pagi jam 5 pagi.


Bahagian belakang kotej


kami bersama Maureen, pemilik ladang

kawasan yang ditanam rumput untuk menghasilkan jerami kuda



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada hari semalam 30 Mei 2020, kami sekeluarga telah pergi berkelah selama sehari di sebuah tasik yang sangat cantik di Terrace.

Sebenarnya tasik ini tidak jauh daripada rumah kami tapi yang tidak larat tu, perjalanannya untuk sampai ke tasik ini jauh ke dalam hutan.  Kami mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Tasik Redsand daripada jalan utama.

Bila sampai di sana, saya melihat satu panorama yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Terdiam sebentar….

Sungguh, ia sungguh mempesonakan.  Allahuakbar, Subhanallah… Cantiknya bumi Allah ini.  Bila manusia yang bertanggungjawab menjaga dengan baik pastinya ia akan kekal cantik sampai bila-bila.

Saya juga cukup berterima kasih kerana mempunyai masyarakat di sini yang sangat menyayangi alam.  Alhamdullilah...

Jom… kita layan gambar sekitar Red Sand Lake.

Boleh juga layan di channel youtube siti khairulbariah !!

👉 Red Sand Lake, Terrace, British Columbia, Kanada




















Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ▼  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ▼  June (2)
      • Review Woodhouse Cottages and Ranch
      • Day Trip to Red Sand Lake, Terrace, British Columb...
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates