Travelog ke Victoria - Vancouver, Kanada (summer 2019) - part 2

by - Tuesday, December 03, 2019

Di dalam bangunan parlimen

Fishermen's Wharf (tempat makan) 

Fishermen's Wharf (tempat makan)

pintu masuk ke Fishermen's Wharf (tempat makan)

Di hadapan bangunan parlimen

mendengar sesi penerangan daripada pelakon yang melakonkan watak arkitek bangunan ini.

dalam kawasan Fishermen's Wharft (tempat makan)

mendengar penerangan penjaga pintu sebelum masuk ke dalam bangunan parlimen


Sambung seterusnya….

Blog yang ini merupakan sambungan travelog saya dan keluarga ke Victoria - Vancouver, Kanada pada summer 2019.

Saya akan ceritakan

Hari kedua

Sarapan pada hari kedua… saya sediakan roti bersama  nutella dan panaskan makanan lebihan yang tidak habis pada malam tadi.  Jadilah kan..  Pengembara kena makan ala kadar je...

Bising juga anak bujang saya sebenarnya sebabnya masak ala kadar.  Budak-budak biasalah kan.. pujuk-pujuk ok lah lama-lama.

Jam 10 pagi..kami keluar ke Downtown Victoria.  Victoria merupakan bandar pentadbiran kerajaan bagi negeri British Columbia.

Tempat utama yang kami ingin tuju ialah Legislative Assembly of British Columbia.  Ia akan di buka kepada umum jam 10 pagi mengikut kumpulan yang sudah menempah tempat.  Kumpulan saya telah di tetapkan pada jam 11.30 pagi.  Masuk secara percuma.  Bangunan ini juga dikenali sebagai bangunan parlimen.  Iya… ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sementara menunggu pintu di buka untuk kumpulan kami...saya mengambil gambar di sekeliling bangunan parlimen ini.  Memang cantik sangat kawasan keliling… sangat dijaga rapi.

Rupa-rupanya sementara menunggu diadakan satu pertunjukan drama dihadapan bangunan parlimen yang menceritakan sejarah bangunan ini dibina.  Beberapa pelakon telah melakonkan watak arkitek tentang bangunan ini. Syok betul tengok dan ia hanya percuma.

Bangunan ini pada asalnya telah di bina pada 1893 dan siap pada hujung tahun 1897.  Kos keseluruhan menelan belanja sebanyak CAD 2 juta dollar. Selepas 70 tahun penggunaan bangunan ini, sekali lagi bangunan mengalami proses pemulihan yang menelan belanja sebanyak CAD 80 juta dollar pada tahun 1972.

Di bahagian tengah bangunan ini, terdapat gambar Yang Mulia Queen Elizabeth II, Queen of Canada. Dikatakan selama 60 tahun baginda telah memegang tampuk pemerintahan Kanada

Selepas hampir 1 jam setengah di bawa melawat dalam bangunan parlimen ini.

Saya pergi ke tempat bersejarah yang lain iaitu Istana Craigdarroch.

Craigdarroch Castle telah siap di bina pada tahun 1890.  Ia telah di bina pada zaman awal koloni Scottish. Istana ini merupakan milik keluarga Dunsmuir, keluarga yang kaya di Victoria.

Selepas Joan Dunsmuir meninggal dunia pada 1908, istana ini telah di jual.  Istana ini juga pernah dijadikan sebuah kolej yang diberi nama Victoria College pada 1921 - 1946.  Sebelum kolej tersebut berpindah ke tempat yang lebih besar.  Sehinggalah pada 1969 hingga kini, kerajaan Kanada menaik taraf istana ini menjadi salah sebuah tempat bersejarah serta tempat pelancongan.

Hampir 3 jam saya meronda dalam istana ini, sungguh menakjubkan dengan hasil binaan mereka.

Jom..kita layan gambar untuk hari ini..😁

Anak-anak pun sudah kelaparan...maka..kami balik hotel ...esok saya sambung untuk part seterusnya...

Kami ke Fishermen's Wharf untuk makan makanan ikan segar yang terletak tidak jauh daripada bangunan parlimen.

byeee

Hotel Fairmont Empress terletak berhadapan bangunan parlimen

perabot yang terdapat dalam istana Craighdarroch

Antara lukisan yang terdapat dalam bangunan parlimen

Istana Craighdarroch

Di hadapan kawasan taman bunga bangunan parlimen

pintu masuk Istana Craighdarroch

Dihadapan bangunan parlimen

kawasan taman Istana Craighdarroch

Di ambil daripada tingkat atas bangunan Istana Craighdarroch

bergambar dengan pelakon di bangunan parlimen.  Bergaya sebagai seorang Queen Elizabeth

kawasan hadapan bangunan parlimen


Hadapan Istana Craighdarroch

Fisherman's Wharf (tempat makan)




You May Also Like

1 comments