• Home
  • Bio Penulis
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Blog

BUDGET TRAVEL

sebuah coretan kisah pengembaraan saya

facebook twitter instagram
Part 3

Ia merupakan hari ketiga dan kami masih lagi di Victoria...

Saya dan keluarga sudah mula jatuh cinta dengan pulau ini… Pulau Vancouver..😍

Pada hari ini... saya mengajak anak-anak naik bas dua tingkat yang terletak di hadapan Hotel Fairmont Empress yang mengadap pelabuhan.  Bayar hanya sekali tetapi boleh naik sampai puas hati.  Walaupun kami bercuti pada musim panas... suhu agak sejuk bila angin bertiup dari arah laut.

Bas dua tingkat ini akan bawa kita pusing seluruh daerah Victoria.

Lebih 2 jam sebenarnya perjalanan menaiki bas ini tapi saya puas hatiiii😍

Selepas itu, kami ke sebuah lagi istana lama milik keluarga Dunsmuir.

Kami ke Hatley Castle. Istana ini telah di bina pada 1908.  Yang menariknya istana ini pernah di jadikan lokasi pengambaran filem X-men pada tahun 2000.  Hebat kan?

Queen Elizabeth juga pernah bertandang ke istana ini.

Dan kini, ia telah dijadikan antara bangunan pentadbiran Royal Roads University bermula pada tahun 1995.

Jom...kita share gambar di sini….😎😎

Burung merak boleh didapati dengan banyaknya di sekitar Royal Roads University ini

Bunga daisi yang terdapat di sekitar Hartley Castle

taman larangan di sekitar Hartley Castle (dulu-dulu panggil larangan)

Bukti lokasi pengambaran

Dua beranak berposing depan istana

Sekitar pemandangan di bandar Victoria

pemandangan bangunan parlimen yang di ambil pada waktu maghrib

sekitar bandar Victoria

Di dalam bangunan Hartley Castle

Gambar tuan punya istana

Dalam salah satu bilik di Hartley Castle

dalam bilik mesyuarat di Hartley Castle

dengar penerangan sebelum di bawa masuk ke Hartley Castle

pelabuhan yang terdapat berhadapan bangunan parlimen

Hartley Castle

Hartley Castle di kelilingi sebuah taman yang dikenali sebagai Taman Jepun

tempat wajib ambil gambar bila datang Victoria

gambar waktu maghrib

dalam Hartley Castle

dalam Hartley Castle

tiang yang di lukis 1908 pada Hartley Castle

dalam bangunan Hartley Castle tempat pengambaran 

Hartley Castle

gambar kepada isteri tuan punya istana


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Di dalam bangunan parlimen

Fishermen's Wharf (tempat makan) 

Fishermen's Wharf (tempat makan)

pintu masuk ke Fishermen's Wharf (tempat makan)

Di hadapan bangunan parlimen

mendengar sesi penerangan daripada pelakon yang melakonkan watak arkitek bangunan ini.

dalam kawasan Fishermen's Wharft (tempat makan)

mendengar penerangan penjaga pintu sebelum masuk ke dalam bangunan parlimen


Sambung seterusnya….

Blog yang ini merupakan sambungan travelog saya dan keluarga ke Victoria - Vancouver, Kanada pada summer 2019.

Saya akan ceritakan

Hari kedua

Sarapan pada hari kedua… saya sediakan roti bersama  nutella dan panaskan makanan lebihan yang tidak habis pada malam tadi.  Jadilah kan..  Pengembara kena makan ala kadar je...

Bising juga anak bujang saya sebenarnya sebabnya masak ala kadar.  Budak-budak biasalah kan.. pujuk-pujuk ok lah lama-lama.

Jam 10 pagi..kami keluar ke Downtown Victoria.  Victoria merupakan bandar pentadbiran kerajaan bagi negeri British Columbia.

Tempat utama yang kami ingin tuju ialah Legislative Assembly of British Columbia.  Ia akan di buka kepada umum jam 10 pagi mengikut kumpulan yang sudah menempah tempat.  Kumpulan saya telah di tetapkan pada jam 11.30 pagi.  Masuk secara percuma.  Bangunan ini juga dikenali sebagai bangunan parlimen.  Iya… ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sementara menunggu pintu di buka untuk kumpulan kami...saya mengambil gambar di sekeliling bangunan parlimen ini.  Memang cantik sangat kawasan keliling… sangat dijaga rapi.

Rupa-rupanya sementara menunggu diadakan satu pertunjukan drama dihadapan bangunan parlimen yang menceritakan sejarah bangunan ini dibina.  Beberapa pelakon telah melakonkan watak arkitek tentang bangunan ini. Syok betul tengok dan ia hanya percuma.

Bangunan ini pada asalnya telah di bina pada 1893 dan siap pada hujung tahun 1897.  Kos keseluruhan menelan belanja sebanyak CAD 2 juta dollar. Selepas 70 tahun penggunaan bangunan ini, sekali lagi bangunan mengalami proses pemulihan yang menelan belanja sebanyak CAD 80 juta dollar pada tahun 1972.

Di bahagian tengah bangunan ini, terdapat gambar Yang Mulia Queen Elizabeth II, Queen of Canada. Dikatakan selama 60 tahun baginda telah memegang tampuk pemerintahan Kanada

Selepas hampir 1 jam setengah di bawa melawat dalam bangunan parlimen ini.

Saya pergi ke tempat bersejarah yang lain iaitu Istana Craigdarroch.

Craigdarroch Castle telah siap di bina pada tahun 1890.  Ia telah di bina pada zaman awal koloni Scottish. Istana ini merupakan milik keluarga Dunsmuir, keluarga yang kaya di Victoria.

Selepas Joan Dunsmuir meninggal dunia pada 1908, istana ini telah di jual.  Istana ini juga pernah dijadikan sebuah kolej yang diberi nama Victoria College pada 1921 - 1946.  Sebelum kolej tersebut berpindah ke tempat yang lebih besar.  Sehinggalah pada 1969 hingga kini, kerajaan Kanada menaik taraf istana ini menjadi salah sebuah tempat bersejarah serta tempat pelancongan.

Hampir 3 jam saya meronda dalam istana ini, sungguh menakjubkan dengan hasil binaan mereka.

Jom..kita layan gambar untuk hari ini..😁

Anak-anak pun sudah kelaparan...maka..kami balik hotel ...esok saya sambung untuk part seterusnya...

Kami ke Fishermen's Wharf untuk makan makanan ikan segar yang terletak tidak jauh daripada bangunan parlimen.

byeee

Hotel Fairmont Empress terletak berhadapan bangunan parlimen

perabot yang terdapat dalam istana Craighdarroch

Antara lukisan yang terdapat dalam bangunan parlimen

Istana Craighdarroch

Di hadapan kawasan taman bunga bangunan parlimen

pintu masuk Istana Craighdarroch

Dihadapan bangunan parlimen

kawasan taman Istana Craighdarroch

Di ambil daripada tingkat atas bangunan Istana Craighdarroch

bergambar dengan pelakon di bangunan parlimen.  Bergaya sebagai seorang Queen Elizabeth

kawasan hadapan bangunan parlimen


Hadapan Istana Craighdarroch

Fisherman's Wharf (tempat makan)




Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts
Save on your hotel - hotelscombined.com
Save on your hotel - hotelscombined.com

Homestay di Malaysia

  • Muslim Homestay Cameron Highlands
  • Residency Al Ameen Homestay Selayang
  • 15 Unit Studio untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur
  • Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak
  • Tempahan Homestay Sungai Besar
  • Penthouse untuk disewa di Scott Garden Kuala Lumpur

About me


About Amalie




Nama saya Siti Khairulbariah. Saya merupakan seorang penulis juga berminat dalam bidang kreatif. Semoga kisah pengembaraan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Segala bahan dan gambar pada blog ini merupakan hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali meniru ataupun mencetak semula tanpa kebenaran daripada penulis. Namun begitu, ia boleh dijadikan sebagai rujukan pembaca.

Terima kasih semua...


Follow Me

Followers

Labels

British Columbia Kanada penulis spring summer winter

recent posts

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
  • ▼  2019 (24)
    • ▼  December (2)
      • Travelog ke Victoria - Vancouver, Kanada (summer 2...
      • Travelog ke Victoria - Vancouver, Kanada (summer 2...
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (1)

SOUTH KOREA

SOUTH KOREA

PARIS

PARIS

DUBAI, UAE

DUBAI, UAE
FOLLOW ME @siti.khairulbariah

Created with by BeautyTemplates