Pada hari ini, tarikh yang sama tetapi tahun yang berbeza…10 tahun yang lalu… kami ke Paris. Paris dengan jolokan namanya sebagai Kota Cinta.
Berezeki mengikut suami yang bertugas selama setahun ke kota ini. Kali ini, kami berpeluang membawa 2 cinta hati kami ke sini.
Sempat pagi tadi, semasa saya bersarapan bersama anak-anak. Saya membuka Facebook dan ia memaparkan memori kami bersama di Paris. Anak-anak saya kata… mereka langsung tidak ingat memori sepanjang berada di Paris. Terdetik di hati saya, suatu hari mereka pasti ada rezeki ke sana lagi. Mungkin bersama dengan keluarga mereka pula.
Pada saya, Paris kenangan indah buat saya. Pertama kali, saya ke sana kerana mengikut suami bertugas dan keduanya saya mengikuti kursus lawatan kerja bersama rakan-rakan. Cukup saya fikir. Tetapi, rezeki Allah kita tidak tahu kan…
InsyaAllah, ada rezeki ku panjatkan doa untuk melihat bumi Tuhan ini lagi… I’m so blessed!
Disneyland Paris |
Paris |
Effiel Tower Paris |
Disneyland Paris |